Nenek di Zambia jadi ikon fesyen selepas gayakan pakaian cucunya
Anggaran Waktu Membaca:
ZAMBIA: Siapa yang menyangka seorang warga emas berusia 80 tahun di luar kawasan bandar Zambia menjadi antara sensasi fesyen terkini di alam siber?
Margret Chola lebih dikenali sebagai "Legendary Glamma".
Margret Chola lebih dikenali sebagai "Legendary Glamma".
Walaupun tidak mempunyai sijil kelahiran yang dapat menentukan usianya yang sebenar, beliau kini menggemparkan dunia fesyen, dengan menggayakan pakaian trend terkini yang dipinjamkan oleh cucunya, Diana Kaumba, menurut laporan SAYS.
Margret mula mencuri perhatian ramai dalam satu sesi penggambaran ketika lawatan Diana ke Zambia. Siri yang dinamakan "The Granny Series" itu tidak dijangka akan menarik perhatian ramai.
Diana, seorang pereka fesyen di New York, telah membawa beberapa pakaian untuk lawatannya ke Zambia, namun tidak berkesempatan untuk menggayakan kesemuanya, lapor SAYS.

Cintanya terhadap fesyen berputik semasa beliau teringat tentang bapanya.
Tanpa dijangkakan, projeknya menarik perhatian ribuan pengikut dan peminat yang kagum melihat karisma dan pesona Margret, lapor SAYS.
Tanpa dijangkakan, projeknya menarik perhatian ribuan pengikut dan peminat yang kagum melihat karisma dan pesona Margret, lapor SAYS.
"Saya rasa cukup berbeza, saya rasa seolah-olah ada pembaharuan pada hidup saya apabila saya memakai pakaian ini," katanya bersama cucunya. "Saya rasa saya boleh menakluki dunia!"
Keyakinannya membuktikan bahawa fesyen tidak mengenal usia.
Keyakinannya membuktikan bahawa fesyen tidak mengenal usia.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.