Nak pergi bercuti? Jangan lupa dapatkan vaksin selesema!
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Setiap kali tiba musim cuti hujung tahun, ramai yang membuat rancangan untuk ke luar negara.
Selain membuat persiapan dari segi membeli tiket penerbangan dan menempah tempat penginapan, jangan lupa periksa vaksin yang mungkin anda perlu dapatkan.
Ini terutama sekali bagi mereka yang merancang melakukan perjalanan ke hemisfera utara bagi percutian yang penuh salji.
Di Jepun, yang merupakan destinasi pilihan utama ramai warga Singapura, wabak demam selesama sudah pun bermula pada lewat September (musim selesema di Jepun biasanya bermula pada November), lapor The Japan Times.
Kemungkinan sebabnya? Jangkitan menerusi titisan pernafasan mungkin meningkat sedang lebih ramai orang berkumpul di tempat-tempat berhawa dingin semasa cuaca panas yang berpanjangan, jelas Profesor Atsuo Hamada dari Universiti Perubatan Tokyo.
Justeru, mendapatkan dos vaksin selesema tahunan adalah penting jika anda tidak mahu bawa pulang 'cenderamata' yang tidak diingini.
Tetapi jika anda menangguhkan suntikan itu kerana fobia jarum, ini berita baik untuk anda: Satu vaksin selesema baharu yang diberikan sebagai semburan hidung, kini disediakan di Singapura.

VAKSIN SELESEMA SEMBURAN HIDUNG
Dikenali sebagai FluMist Trivalent, ia menyasarkan tiga jenis virus A (H1N1, H3N2 dan B/Victoria).
Menurut Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), semua vaksin selesema akan memberikan imuniti kepada tiga jenis virus itu.
FluMist Trivalent sudah pun ditawarkan di Britain pada 2011 dan Amerika Syarikat pada 2003.
Di Singapura, FluMist Trivalent diluluskan oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA) bagi kegunaan para individu berusia dua hingga 49 tahun, dan kini hanya diberikan oleh para doktor.
Bagi pesakit berusia 50 tahun dan ke atas, vaksin semburan hidung itu mungkin tidak begitu berkesan berbanding vaksin-vaksin lain, manakala kanak-kanak bawah umur dua tahun mungkin berdepan risiko lebih tinggi menghidap semput, menurut laman perubatan, drugs.com.
Pastikan anda maklumkan doktor tentang sebarang ubat yang anda sedang ambil atau pernah ambil.
Mereka yang mengalami alahan kepada telur perlu memaklumkan perkara itu kepada doktor sebelum mendapatkan vaksin itu, menurut CDC.
BOLEHKAH ANDA DAPATKAN VAKSIN SELESEMA SEMBURAN HIDUNG DI SAMPING VAKSIN-VAKSIN LAIN SEPERTI COVID-19?
Ya, vaksin selesema semburan hidung itu boleh diambil pada masa yang sama dengan vaksin-vaksin lain - sama ada aktif atau tidak, menurut CDC.
Namun, jika vaksin semburan hidung itu tidak diberikan pada masa yang sama dengan vaksin aktif yang lain, CDC menasihati agar ia dilaksanakan pada jarak masa sekurang-kurangnya empat minggu antara kedua-duanya.
Tiada sebarang saranan tempoh jarak antara vaksin selesema semburan hidung dengan vaksin-vaksin yang tidak aktif.
BOLEHKAH ANDA DAPATKAN VAKSIN MESKI JIKA ANDA TIDAK KE LUAR NEGARA?
Ya, kerana demam selesema merebak sepanjang tahun, kata Dr Leong Choon Kit, seorang doktor keluarga dari Mission (Hougang) Medical Clinic.
Dan ia memuncak dua kali setahun di Singapura, biasanya dari Mei hingga Ogos dan sekali lagi dari Disember hingga Mac, tambahnya.
"Jadi, kami sering melihat peningkatan dalam jumlah pesakit yang mahu mendapatkan vaksin sebelum musim-musim ini, terutamanya mereka yang melancong ke luar negara atau pergi ke negara dengan iklim yang lebih sejuk."
Dan ingat, ia mengambil masa kira-kira dua minggu sebelum vaksin mula berkesan. Jadi, rancanglah dengan sewajarnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.