Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Nak kurus? Nak kulit cantik? Air kayu manis mungkin untuk anda

Tahukah anda kayu manis adalah antara rempah-ratus yang bagus jika anda ingin menurunkan berat badan?

Anggaran Waktu Membaca:
Nak kurus? Nak kulit cantik? Air kayu manis mungkin untuk anda

Kayu manis. (Gambar: Ilustrasi kayu manis. B)Shutterstock.com/oksix/Merdeka.com)

Diterbitkan : 22 Feb 2018 07:18PM Dikemas Kini : 26 Feb 2018 11:07PM

BERITAMediacorp: Tahukah anda kayu manis adalah antara rempah-ratus yang bagus jika anda ingin menurunkan berat badan?

Bukan itu saja, kayu manis juga merupakan sumber potasium, kalsium, magnesium dan zat besi. Menambahkan kayu manis ke dalam masakan juga boleh menaikkan aromanya.

Selain menaburkan serbuk kayu manis atau memakan makanan yang mengandungi kayu manis, anda juga boleh merebus kayu manis dan meminum air rebusannya untuk memperoleh manfaat kesihatan seperti berikut:

1. REDAKAN SAKIT GIGI

Gusi berdenyut-denyut akibat sakit gigi memang menyiksakan. Namun anda boleh mencuba meredakannya dengan meminum air rebusan kayu manis!

2. MENCEGAH KENCING MANIS

Nama sahaja 'manis'. Tapi kayu manis dikatakan mampu menjauhkan penyakit kencing manis. Gabungan polifenol dan bahan-bahan antioksidan dalam kayu manis bermanfaat untuk mengawal kadar gula dalam darah semasa merawat kencing manis Jenis 2.

3. MENCANTIKKAN KULIT

Kayu manis adalah sumber serat yang amat baik untuk menghapuskan racun dari dalam tubuh. Jadi, kalau mahukan kulit bersih dan licin, ada yang menyarankan supaya cubalah air rebusan kayu manis.

4. MENURUNKAN BERAT BADAN

Air rebusan kayu manis yang dicampur madu adalah minuman yang terbaik untuk menurunkan berat badan. Ini kerana ia membantu anda 'detox' (buang toksin) sistem tubuh, membuat anda berasa cepat kenyang dan mengawal nafsu makan.

5. MENGURANGKAN KEKEJANGAN SEMASA HAID

Menurut Pusat Nasional Bioteknologi Amerika Syarikat, air kayu manis baik untuk wanita yang sering menderita kesakitan dan kekejangan rahim semasa haid.

Ia berupaya mengurangkan rasa sakit dan kekejangan kerana ia bersifat analgesik dan antipenggumpalan.

6. MEMPERTINGKAT IMUN TUBUH

Air kayu manis kaya dengan zat atioksidan seperti polifenol dan proanthocyanidin untuk meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Selain itu air kayu manis juga bersifat antikulat, antibakteria dan antivirus. Maka ia mengurangkan risiko pelbagai penyakit seperti masalah jantung atau penyakit pernafasan.

7. MENGURANGKAN KESAN BURUK PCOS

PCOS atau Sindrom Ovari Polisistik adalah perubahan hormon yang berlaku pada wanita, menyebabkan ovari membesar dengan ketumbuhan pada bahagian luarnya.

Meminum air rebusan kayu manis diketahui boleh mengurangkan kesan buruk PCOS dan juga mengurangkan hadangan untuk sel-sel memberi respons kepada insulin.

8. MEMPERTINGKAT FUNGSI OTAK

Menurut penelitian, air kayu manis berupaya melambatkan proses penyakit melibatkan otak seperti penyakit Parkinson dan Alzheimer. Ini kerana khasiatnya membantu mempertingkat tumpuan dan fungsi otak.

9. MENCEGAH BARAH

Kayu manis mengandungi bahan-bahan karsinogenik yang terbukti bermanfaat untuk melambatkan pertumbuhan sel barah.

10. TAJAMKAN PENDENGARAN

Isteri Pak Mat Tempe: Pak Mat kau memang begitu, selalu naik basikal bukan motokar...

Apa dia kak?

Itulah dua dialog popular dari filem Bujang Lapok dan dari pelawak Ishak Ahmad. Kedua-duanya berhubung dengan pendengaran yang pekak.

Jika anda mahu menajamkan pendengaran, anda boleh mencuba meminum air rebusan kayu manis. Ini kerana kayu manis kaya dengan zat-zat semula jadi yang dikatakan baik untuk menajamkan daya pendengaran. 

Sumber : Agensi berita/NK/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan