Nak buat apa cuti sekolah ini?

Ia pasti dapat membantu untuk elakkan mereka daripada bermain dengan gajet sepanjang hari. Walaupun teknologi membawa manfaat dalam pembelajaran, ia juga membawa risiko lain yang kurang sihat antaranya ketagihan skrin, kurang aktiviti fizikal dan sebagainya.
Sebagai ibu bapa anda juga boleh mengambil langkah kecil untuk mengubah gaya hidup seharian dengan memberikan ‘rehat’ dari masa ke semasa dari dunia digital.
Menurut kajian dengan cara ini anda bukan sahaja dapat membantu anak-anak berkembang secara sihat, malah membuka ruang untuk hubungan kekeluargaan yang lebih erat dan bermakna sepanjang cuti sekolah.
Dalam usaha mendidik anak-anak agar dapat kurang bergantung kepada skrin, ibu bapa juga perlu menjadi contoh. Cuba elakkan dari terlalu kerap memeriksa telefon ketika bersama anak, dan cipta suasana rumah yang mengutamakan komunikasi serta interaksi.
Ini penting untuk membantu anak-anak kekal aktif selain dapat menimba ilmu yang baru dan tidak terlalu menghabiskan masa menghadap skrin sepanjang cuti sekolah ini.
Sebaliknya anda boleh manfaatkan cuti sekolah Jun ini dengan melakukan pelbagai aktiviti menarik bersama-sama.
15 AKTIVITI BEBAS GAJET
Dengan perancangan dan galakan, masa yang terluang boleh dimanfaatkan untuk melakukan kegiatan yang lebih membina. Yang penting, anak-anak dapat berseronok, mempelajari sesuatu yang baru dan pada masa yang sama dapat kekal aktif.
Ini antara aktiviti-aktiviti yang boleh mereka dilakukan sepanjang cuti sekolah ini.
Kem motivasi

Membaca

Ulang kaji

Walaupun sedang bercuti sekolah, anda boleh peruntukkan masa yang ada untuk mengulang kaji atau semak balik pelajaran lepas, membuat nota persediaan untuk penggal baru dan sebagainya. Jika anda bakal menduduki peperiksaan nasional, inilah masa yang sesuai untuk mula ulang kaji perlahan-lahan.
Beriadah

Kelas digital

Kraftangan

Muzik

Berenang

Memasak

Kelas menari

Percutian

Sukan ekstrim

Kerja sambilan
Kerja amal

Bantu orang lain juga merupakan satu initiatif yang sangat bermakna. Remaja boleh sertai dalam pelbagai kempen sumbangan, bantu di rumah kebajikan, masjid atau pusat komuniti. Ia dapat membantu untuk mendidik golongan remaja untuk lebih prihatin dan saling membantu.
Bantu kerja rumah
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.