Nak bercuti? Klook anjur pameran pelancongan online 72 Jam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: iStock/Chanakon Laorob)
SINGAPURA: Jika anda sedang merancang percutian, terdapat satu lagi tawaran pelancongan yang perlu anda tahu.
Platform tempahan online Klook akan mengadakan pameran pelancongan online selama 72 jam dari 27 hingga 29 Mac.
Acara online ini akan berlangsung serentak dengan Pameran Pelancongan NATAS ke-63 di Singapore Expo dan menawarkan alternatif bagi pelancong yang lebih suka mencari tawaran tanpa perlu menghadiri pameran fizikal tersebut.
Semasa pameran itu, pengguna boleh mengakses diskaun di seluruh laman bagi pelbagai perkhidmatan pelancongan seperti daya tarikan, jelajah, pengangkutan dan penginapan.
Baucar tambahan juga akan tersedia untuk ahli Klook Gold dan Platinum.

Promosi daripada pameran tersebut termasuk diskaun sehingga 50 peratus bagi pakej jelajah di China, dengan jelajah harian terpilih berharga di bawah S$55 dan jadual perjalanan berbilang hari di bawah S$400.
Tawaran kapal persiaran juga merupakan sebahagian daripada barisan promosi, seperti potongan S$100 bagi tempahan dengan perbelanjaan minimum S$1,000.
Terdapat juga diskaun bagi keperluan asas pelancongan seperti kereta sewa, insurans perjalanan dan eSIM, dengan sesetengah tawaran diberi potongan harga sehingga 99 peratus.
Terdapat juga jualan kilat (flash sales) mengikut waktu tertentu pada setiap hari pameran iaitu pada pukul 12.00 tengah hari, 3.00 petang dan 6.00 petang.
Tawaran ini menampilkan promosi masa terhad bagi daya tarikan dan pengangkutan, termasuk tawaran beli-satu-percuma-satu untuk daya tarikan seperti Shanghai Disneyland, Legoland Malaysia dan Universal Studios Beijing, serta diskaun untuk tiket kereta api berkelajuan tinggi China, dan tempahan hotel serta pakej jelajah terpilih yang lain.
Klook juga menawarkan diskaun tambahan melalui rakan kongsi pembayaran, termasuk potongan sehingga S$100 di seluruh laman apabila menggunakan PayLater by Grab.
Pameran online ini diadakan ketika permintaan pelancongan dalam kalangan rakyat Singapura kekal kukuh, meskipun terdapat ketidaktentuan ekonomi global.
Menurut tinjauan Klook’s Travel Pulse 2026, hampir 90 peratus responden Milenial dan Gen Z di Singapura menyatakan mereka merancang untuk mengekalkan atau menambah bajet pelancongan mereka pada tahun ini.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.