Musim Grand Prix SG 2023: Pelbagai acara menanti anda sekeluarga di Orchard Road, Sentosa & Kampong Gelam
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Musim Formula 1 semakin hampir dan Grand Prix Singapura (GPSS) tahun ini akan kembali dengan pelbagai pesta dan acara di empat lokasi merata Singapura dari 8 hingga 17 Sep.
Dengan tema Circuit of Festivity, acara-acara tersebut akan diadakan di Orchard Road, Clarke Quay, Kampong Gelam dan Sentosa. Ia akan melengkapkan pengalaman Grand Prix Formula 1 Singapore Airlines Singapura 2023, lebih-lebih lagi dengan persembahan daripada Kings of Leon, Post Malone, Robbie Williams dan Jackson Wang.
“Acara-acara yang disediakan merangkumi pelbagai aspek seperti tempat makan, hiburan dan runcit yang mempamerkan pengalaman gaya hidup terbaik Singapura, yang boleh dinikmati oleh kedua-dua penduduk tempatan dan pelancong,” kata Ong Ling Lee, pengarah eksekutif, Sukan dan Kesejahteraan, Lembaga Pelancongan Singapura (STB).
Berikut ringkasan ringkas tentang acara-acara yang boleh dijangkakan:
LOKASI: ORCHARD ROAD
Pertunjukan cahaya dan bunyi-bunyian berjudul Revolutions: The GPSS Immersive Experience yang dihasilkan oleh artis tempatan Brandon Tay akan menjadi tarikan utama di struktur berbentuk kubah yang dibangunkan di ION Orchard.
Ia akan dilengkapkan dengan, apa lagi jika tidak peluang membeli-belah di Orchard Pit Shops: GPSS Lifestyle Bazaar, yang akan menampilkan sebanyak 24 gerai dari F&B hingga ke produk artisan dan instalasi muzik dan seni. Design Orchard juga akan menjual barangan edisi terhad, manakala di Wisma Atria pula, terdapat paparan kereta sport yang menampilkan Alpine A110 yang dihiaskan dengan reka bentuk oleh pereka pakaian jalanan Amos Ananda.
LOKASI: CLARKE QUAY
Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk meninjau-ninjau CQ Street Market dengan kedai-kedai 'pop up' dan GPSS Fitness Fest feat Les Mills, di mana para peminat bidang kecergasan boleh bersenam. Para pemain dan peminat perlumbaan F1 juga boleh menyertai Teleios Race Sims Grand Slam atau bertemu dengan beberapa pemandu F1 dan F2 seperti Nico Hulkenberg di OutDrive GP.
Turut menarik perhatian nanti adalah pesta Music Matters Live, yang akan menampilkan kira-kira 30 persembahan dari 12 negara termasuk artis-artis tempatan seperti Nathan Hartono, Benjamin Kheng dan Sezairi.
LOKASI: KAMPONG GELAM
Lokasi ini akan menyerlahkan makanan, muzik dan budaya tempatan. Pameran harian Culturally Singapore akan menampilkan pelbagai persembahan berbilang budaya, manakala artis Wilfred Cheah akan memaparkan cebisan-cebisan nostalgik di 45 Sultan Gate.
Terdapat juga muzik dan tarian di Haji Lane Blockbuster. Lapar? Terdapat GPSS Food Park di Pahang Street dan Hot-Pit Stop: Grills & BBQ di Aliwal Street.
LOKASI: SENTOSA
Jika anda lebih menggemari kegiatan luar dan bersantai di tepi pantai, Sentosa akan menjadi destinasi pilihan anda. Ini kerana terdapat bazar di sepanjang Pantai Siloso manakala GPSS Beach Feastable pula akan menampilkan 20 gerai gourmet (dan tempat duduk al fresco). Para keluarga boleh menikmati beberapa permainan pantai, manakala bagi peminat sukan bermotor pula, kereta lumba vintaj dan klasik juga akan dipamerkan – dan satu perarakan mengelilingi Sentosa akan diadakan pada 8 Sep.
Di tempat-tempat lain, juga terdapat pelbagai acara seperti pesta di Marquee Singapore, Zouk Singapore dan Amber Lounge; sarapan lewat pagi dan acara istimewa bertemakan perlumbaan F1 sepanjang hari di restoran-restoran 1-Group seperti The Summerhouse dan The Alkaff Mansion.
Terdapat juga acara maya Merli-Go-Round melalui aplikasi Visit Singapore, yang turut merangkumi aktiviti interaktif di Pusat-Pusat Pengunjung Singapura.
Anda boleh mendapatkan butiran lanjut dan senarai penuh acara di laman GPSS.

Sumber : CNA/AT/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.