Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Musim 2 MasterChef S'pura cari peserta menerusi uji bakat

Jika tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 baru-baru ini menyuntik semangat anda untuk memasak, anda mungkin mempunyai kemahiran baru yang ingin ditonjolkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Musim 2 MasterChef S'pura cari peserta menerusi uji bakat

(Gambar: MasterChef Singapore)

Diterbitkan : 17 Aug 2020 02:21PM Dikemas Kini : 17 Aug 2020 02:24PM

SINGAPURA: Jika tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 baru-baru ini menyuntik semangat anda untuk memasak, anda mungkin mempunyai kemahiran baru yang ingin ditonjolkan.

Inilah masa yang terbaik kerana rancangan pertandingan memasak MasterChef Singapura kini kembali untuk musim kedua dan baru sahaja mengumumkan sesi uji bakat untuk mencari peserta mulai Isnin (17 Ogos).

Pertandingan memasak itu hanya dibuka kepada mereka yang bukan bergelar sebagai tukang masa atau yang tidak pernah bekerja sebagai seorang cef.

Rakyat Singapura dan penduduk tetap berusia 18 tahun ke atas yang berminat untuk menonjolkan kemahiran memasak boleh mendaftarkan diri bagi pertandingan itu menerusi laman mediacorp.sg/MasterChefSG.

Sediakan masakan anda dan muatnaik gambar yang terbaik, rakam sebuah video 30 saat dan hantarkan borang selewat-lewatnya pada 4 Oktober.

Musim pertama rancangan itu yang disiarkan pada 2018, menarik lebih daripada 700 pemohon.

Menurut kenyataan media, musim baru ini akan "meraikan dan menggalak 'hiperlokalisme' menerusi hidangan berbilang budaya tempatan kita yang unik."

Rancangan itu disiarkan untuk 10 episod, berbanding hanya lapan bagi musim yang pertama.

Pengurus perniagaan IT Zander Ng muncul sebagai juara pertandingan musim pertama pada 2018 setelah beliau mengalahkan pelajar kulinari Genevieve Lee dalam episod terakhir yang memerlukan mereka menyiapkan lima jenis hidangan untuk satu jamuan berilhamkan Asia.

Encik Ng membawa pulang wang tunai sebanyak S$10,000, pelbagai hadiah termasuk tawaran penerbitan buku serta latihan amali selama tiga bulan bersama para pengadil rancangan iaitu cef Damian D'Silva dan Bjorn Shen.

Para pengadil bagi musim baru ini belum diumumkan lagi.

Pemenang bagi musim kedua akan membawa pulang wang tunai sebanyak S$10,000 dan hadiah-hadian lain.

Musim kedua rancangan MasterChef Singapura akan disiarkan di meWATCH, Saluran 5 dan YouTube pada Februari 2021.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan