'Muhammad' antara 10 nama bayi paling popular di Amerika Syarikat
Buat pertama kalinya, nama 'Muhammad' menjadi salah satu daripada 10 nama bayi lelaki paling popular di Amerika Syarikat, menurut data dari laman web keibubapaan BabyCenter.
(Gambar hiasan: Aditya Romansa/Unsplash)
AMERIKA SYARIKAT: Buat pertama kalinya, nama 'Muhammad' menjadi salah satu daripada 10 nama bayi lelaki paling popular di Amerika Syarikat, menurut data dari laman web keibubapaan BabyCenter.
CNN melaporkan, nama Muhammad berada di kedudukan ke-10, naik empat tempat dari tahun lalu. Nama itu saban tahun semakin naik dalam ranking BabyCenter dan pertama kali mencecah kedudukan 100 teratas pada 2013.
"Keluarga Muslim sering memilih Muhammad untuk anak sulung sebagai penghormatan kepada Nabi tersebut dan memberi berkat kepada anaknya," kata Linda Murray, ketua editor global BabyCenter, dalam satu kenyataan media.
"Nama itu juga mempunyai beberapa ejaan (berbeza), dan yang membantu nama itu ke dalam kedudukan 10 tangga teratas."
BabyCenter menyatakan perangkaannya didapatkan daripada hampir 600,000 ibu bapa yang berkongsi nama bayi mereka dengan badan tersebut pada 2019. Cara ranking yang dilakukan menggabungkan nama-nama yang sama tetapi dengan kepelbagaian ejaan (seperti Mohammad dan Muhammad).
CNN melaporkan, Pentadbiran Keselamatan Sosial juga memberi ranking populariti nama bayi menggunakan rekod semua bayi yang dilahirkan di Amerika Syarikat, namun agensi tersebut mengira setiap ejaan unik sebagai nama yang berasingan.
Agensi itu belum mengeluarkan senarainya sendiri, namun data Keselamatan Sosial menunjukkan Muhammad meningkat daripada kedudukan ke-620 pada tahun 2000 kepada tangga ke-345 pada tahun 2018. Agensi itu tidak merangkumkan ejaan berbeza nama-nama yang sama dalam sistem ranking.
Nama-nama Arab secara amnya juga meningkat, menurut BabyCenter.
Sedang Muhammad mencecah 10 tangga teratas bagi kanak-kanak lelaki, Aaliyah pula adalah antara 10 nama paling popular bagi kanak-kanak perempuan.
Ini dia 10 nama paling popular bagi bayi lelaki dan perempuan, menurut ranking BabyCenter:
Nama anak lelaki:
1) Liam
2) Jackson
3) Noah
4) Aiden
5) Grayson
6) Caden
7) Lucas
8) Elijah
9) Oliver
10) Muhammad
Nama anak perempuan:
1) Sophia
2) Olivia
3) Emma
4) Ava
5) Aria
6) Isabella
7) Amelia
8) Mia
9) Riley
10) Aaliyah
LAPORAN LAIN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.