Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Monyet 'cemburu' tuan bermanja dengan kucing raih perhatian ramai

Anggaran Waktu Membaca:
Monyet 'cemburu' tuan bermanja dengan kucing raih perhatian ramai

(Gambar: zulghazali91/Tiktok)

Diterbitkan : 24 Oct 2022 07:57PM Dikemas Kini : 24 Oct 2022 07:59PM
KUALA LUMPUR: Apabila mempunyai haiwan peliharaan, pastinya kita akan membelai dan memberi sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka

Bukan manusia sahaja yang mendambakan kasih sayang tetapi haiwan juga turut mempunyai perasaan sebegitu. Mereka akan menunjukkan perasaan itu dengan cara mereka yang tersendiri bagi meraih kasih sayang dan perhatian daripada tuannya.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, apabila seekor monyet merajuk kerana pemiliknya lebih manjakan kucing mencuri perhatian ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @zulghazali91, kelihatan dia menunjukkan reaksi monyet peliharaannya ketika merajuk.

Difahamkan, dia merupakan seorang pencinta haiwan dan memiliki beberapa ekor kucing. Monyet itu juga merupakan salah satu haiwan peliharaannya.

Menerusi rakaman tersebut, dia sengaja mengusik monyet itu dengan bermanja-manja dengan kucingnya. Tidak sangka rupanya si monyet cemburu apabila dia kurang dapat perhatian.

Meninjau di ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur melihat aksi comel monyet yang merajuk itu.

Video berkenaan malah sudahpun mencecah sebanyak 348.6 ribu tontonan, 31.4 ribu tanda suka dan 460 komen di TikTok.
 
Sumber : Sumber Web/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan