Monstrous Fun! tawar acara kreatif buat seisi keluarga di The Arts House hujung minggu ini
Cuti sekolah sudah bermula. Jika anda masih belum ada perancangan bagi hujung minggu pertama cuti sekolah ini, apa kata bawa anak-anak anda ikuti pengembaraan yang menyeronokkan dan kreatif di Monstrous Fun!
Monstrous Fun! berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun 2025. (Gambar: Arts House Limited)
Acara khas yang dianjurkan oleh Arts House Limited (AHL) sempena Musim Kanak-Kanak Daerah Sivik 2025 itu berlangsung dari 30 Mei hingga 1 Jun 2025.
Monstrous Fun! menghidupkan The Arts House @ Old Parliament sebagai ruang interaktif yang menyeronokkan bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke atas, di mana mereka boleh meneroka dunia sastera dan kreativiti.
Para pengunjung boleh menjangkakan pelbagai aktiviti menarik — daripada persembahan muzik interaktif hingga ke pemasangan seni komuniti. Terdapat juga pesta buku yang menampilkan judul sastera dalam Bahasa Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk melibatkan masyarakat, AHL bekerjasama dengan ArtBeatz untuk menjayakan Monstrous Fun! tahun ini, dan turut berkolaborasi dengan Sekolah Seni (SOTA) bagi aktiviti tahunan Monster Hunt.
Pelajar SOTA, Ahni Lyn Hampartsoumian dan Shakira Liyana Binte Farek, bersama rakan sekelas mereka, terlibat dalam reka bentuk dan penganjuran Monster Hunt kali ini.
Cik Ahni berkata, “Kami sangat teruja kerana dapat menyalurkan kreativiti kami dengan mereka bentuk aktiviti Monster Hunt!”
Cik Shakira pula menambah, “Kami tidak sabar untuk memimpin aktiviti tersebut dan menjadikannya pengalaman yang menyeronokkan dan penuh imaginasi untuk kanak-kanak dan keluarga yang menyertai Monstrous Fun!”
Satu acara kemuncak yang dinanti-nantikan ialah Monster Parade yang berlangsung setiap hari pada pukul 4.30 petang, di mana peserta akan mengenakan kostum dan aksesori ciptaan sendiri dan berarak dari The Arts House bersama Britney, raksasa Mostrous Fun! dalam sesi perarakan yang meriah dan penuh berwarna-warni.
Melalui kerjasama dengan rakan industri dan budaya, kami bawakan pelbagai aktiviti seni sastera yang mencetuskan kreativiti dan ekspresi diri dalam kalangan generasi muda.
Kami mengalu-alukan semua ke The Arts House—rumah penceritaan yang penuh kehidupan—untuk memupuk rasa cinta terhadap seni sepanjang hayat."
Keluarga yang berkunjung ke Monstrous Fun! juga berpeluang melengkapkan hujung minggu penuh seni mereka dengan melakukan lawatan ke Little SIFA, ruang khas anjuran Pesta Seni Antarabangsa Singapura (SIFA) bagi penggemar dan mereka yang ingin mendalami seni, di Empress Lawn berhadapan dengan Victoria Theatre & Victoria Concert Hall.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.