Skip to main content

Gaya Hidup

Momo Challenge dilaporkan ragut dua nyawa belia

Pihak berkuasa di utara Bengal mengambil langkah berjaga-jaga berikutan laporan dua individu membunuh diri setelah menyertai permainan online Momo Challenge.

Anggaran Waktu Membaca:
Momo Challenge dilaporkan ragut dua nyawa belia

'Cabaran Momo' cabar para pengguna untuk berkomunikasi dengan individu yang tidak dikenali. (Gambar: Anews24/ Facebook)

Diterbitkan : 27 Aug 2018 11:42AM Dikemas Kini : 27 Aug 2018 11:51AM

KOLKATA: Pihak berkuasa di utara Bengal mengambil langkah berjaga-jaga berikutan laporan dua individu membunuh diri setelah menyertai permainan online Momo Challenge.

Menurut seorang pegawai penguat kuasa, selain menghantar arahan berjaga-jaga ke semua balai polis di daerah berkenaan, pihaknya turut meminta institut pengajian agar mengawasi corak tingkah laku pelajar.

Astro Awani melaporkan bahawa risalah turut diedarkan kepada orang ramai untuk meningkatkan kesedaran terhadap bahaya Momo Challenge.

"Selepas Blue Whale Challenge, kini kita berdepan Momo Challenge yang semakin menular menerusi aplikasi WhatsApp, anggota kami telah diarahkan untuk memantau situasi terkini berhubung kes ini," katanya, seperti ditukil Astro Awani.

Sementara itu, laporan menyatakan Momo Challenge meragut nyawa seorang remaja berusia 18 tahun, Manish Sarki, pada 20 Ogos lalu, manakala Aditi Goyal, 26 tahun, pula dilaporkan maut sehari selepas itu.

Polis mengesyaki kematian kedua-dua mangsa yang berasal dari Kurseong di daerah Darjeeling itu mempunyai kaitan dengan permainan berkenaan yang menggalak pemainnya membunuh diri, tambah Astro Awani lagi.

Pakar siber, Sandeep Sengupta menasihati orang ramai supaya jangan menerima sebarang 'jemputan' untuk menyertai Momo Challenge dari nombor tidak dikenali dan tidak membuka pautan yang mencurigakan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita