'MJ The Michael Jackson Musical' bakal dipentaskan di SG mulai Ogos 2027
Anggaran Waktu Membaca:
MJ The Michael Jackson Musical bakal membuka tirai di Singapura pada Ogos 2027. (Gambar: Daniel Boud)
- 'MJ The Michael Jackson Musical' akan dipentaskan di Sands Theatre, MBS, Singapura bermula Ogos 2027 untuk tempoh terhad.
- Muzikal ini mengisahkan persiapan Michael Jackson menjelang jelajah Dangerous World Tour 1992 dari perspektif wartawan MTV, serta menampilkan lebih 25 lagu popular beliau.
- Pendaftaran senarai menunggu tiket dibuka hingga 27 September, dengan penjualan tiket berperingkat bermula 28 hingga 30 September melalui Klook, MBS dan Sistic, serta pelbagai promosi diskaun.
- Butiran lanjut mengenai tarikh persembahan, barisan pelakon dan harga tiket belum diumumkan, manakala promosi pembelian awal berakhir pada 30 Oktober.
SINGAPURA: Muzikal 'MJ The Michael Jackson Musical' bakal dipentaskan untuk tempoh terhad mulai Ogos 2027 di Sands Theatre, Marina Bay Sands.
Berlatarbelakangkan tahun 1992, 'MJ The Michael Jackson Musical' - turut dikenali sebagai MJ - mengisahkan persiapan Michael Jackson menjelang jelajah Dangerous World Tour menerusi perspektif seorang wartawan MTV yang diberi akses untuk mengikuti sesi latihannya.
Pementasan itu turut mengimbas kembali detik-detik penting sepanjang kerjaya dan perjalanan seni Michael Jackson sedang beliau membentuk visinya bagi jelajah berkenaan.
Muzikal tersebut meraih empat Anugerah Tony pada 2022 dan menampilkan lebih 25 lagu popular Michael Jackson, antaranya 'Beat It', 'Smooth Criminal', 'Man In The Mirror' dan 'Thriller'.
MJ sebelum ini pernah dipentaskan di Broadway, West End London dan Hamburg, selain dibawa dalam jelajah ke Amerika Syarikat dan Australia.
Singapura juga mempunyai kaitan dengan era yang dipaparkan dalam muzikal itu. Mendiang Raja Pop tersebut pernah mengadakan dua konsert yang mendapat sambutan hangat di Singapura ketika jelajah Dangerous World Tour pada 1993.

Pendaftaran senarai menunggu bagi mereka yang mahu mendapatkan keutamaan semasa membeli tiket kini dibuka menerusi laman rasmi sehingga 11.59 malam pada 27 September, waktu Singapura.
Mereka yang mendaftar dalam senarai menunggu rasmi akan menerima pautan khas untuk membeli tiket menerusi alamat emel yang digunakan semasa pendaftaran.
Penjualan tiket akan dilakukan secara berperingkat.
Akses Keutamaan UOB akan bermula pada 3.00 petang, 28 Sep menerusi Klook, dengan diskaun 20 peratus bagi semua kategori tiket dan persembahan.
Selepas itu, mereka yang mendaftar dalam senarai menunggu akan diberi keutamaan untuk membeli tiket mulai 10.00 pagi pada 29 September, dengan diskaun 15 peratus bagi kategori tiket dan persembahan terpilih.
Pada hari yang sama, prajualan UOB akan dibuka mulai 10.00 pagi menerusi Marina Bay Sands, Sistic dan Klook, dengan diskaun 20 peratus bagi semua kategori tiket dan persembahan.
Jualan tiket kepada orang ramai pula akan dibuka mulai 10.00 pagi pada 30 September, dengan diskaun pembelian awal sebanyak 10 peratus bagi kategori tiket dan persembahan terpilih.
Semua jualan tiket akses keutamaan serta promosi pembelian awal untuk orang ramai akan berakhir pada 11.59 malam, 30 Oktober, waktu Singapura.
Butiran lanjut mengenai senarai tarikh persembahan, barisan pelakon dan harga tiket masih belum diumumkan.

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.