Skip to main content

Gaya Hidup

Minuman jamu soda satu sentuhan moden kepada warisan budaya Indonesia

Namun kedai Acaraki itu tidak menjual kopi atau minuman yang trending dengan perkembangan semasa tetapi menjual air jamu yang mempunyai sentuhan moden.

Anggaran Waktu Membaca:
Minuman jamu soda satu sentuhan moden kepada warisan budaya Indonesia

Koleksi jamu soda yang dijual di salah satu kafe di Indonesia. (Gambar: Nivell Rayda)

Diterbitkan : 22 Aug 2020 11:06PM Dikemas Kini : 22 Aug 2020 11:10PM

JAKARTA: Sekali pandang jika anda melihat kedai dua tingkat yang terletak di ibu kota Jakarta, Indonesia, pasti anda menyangka ia sebuah kafe hipster.

Mentelah lagi, kedai itu berada dalam bangunan Art Deco siap dilengkapi dengan mesin elektrik membuat kopi dan sebagainya.

Namun kedai Acaraki itu tidak menjual kopi atau minuman yang trending dengan perkembangan semasa tetapi menjual air jamu yang mempunyai sentuhan moden.

Siap dengan barisan botol diisi herba, trend menjual jamu dengan cara moden kini jauh berbeza daripada cara tradisional yang mana dijual golongan wanita Jawa yang berjalan kaki dari satu rumah ke satu rumah.

Warga Indonesia sudah menikmati manfaat jamu buat kesihatan mereka selama ratusan tahun kerana dipercayai ada kesan untuk meningkatkan stamina, mengurangkan simptom dan mencegah penyakit.

Namun begitu, dengan arus pemodenan masa kini, jamu kelihatan tidak lagi popular dalam kalangan anak-anak muda.

"Ramai warga Indonesia tahu apa itu jamu. Mereka akui jamu itu sihat tetapi apabila ditanya jika mereka minum jamu, ramai kata tidak," kata Pengasas Acaraki Joni Yuwono kepada CNA.

Malah tinjauan yang dijalankan Yuwono mendapati bahawa 70 peratus orang ditemuinya tidak suka dengan rasa pahit jamu, 20 peratus pula takut mencubanya dan ingin tahu bahan-bahan yang ada di dalam jamu itu dan bagaimana proses bahan digunakan sebelum mencubanya.

Yuwono menambah bahawa memberi suntikan moden kepada jamu diilhamkan daripada dunia kopi.

"Ramai tidak mahu minum jamu kerana pahit. Sebaliknya, kopi juga pahit jadi mengapa orang ramai lebih sanggup minum kopi dan bukan jamu?" katanya.

Beliau juga menambah bahawa beliau menyedari ramai orang suka minum kopi dengan jenis kopi yang berbeza-beza dan bukan kopi-o.

"Kopi diminum untuk membuat anda terjaga. Tetapi sekarang kopi menjadi minuman gaya hidup. Kenapa tidak jamu? Kenapa kita tidak cuba seni jamu dan membuat jamu satu minuman gaya hidup," kata Yuwono.

Itulah yang membuat Yuwona cuba membuat jamu moden seperti kunyit asam dan beras kencur yang dicampur dengan air soda, susu dan ais krim. 

Sumber : CNA/RU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita