Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Minuman dalgona di Korea Selatan didapati tinggi kandungan gula - Tinjauan

Minuman yang dibuat dengan gula perang dan gula-gula Korea, atau dalgona, didapati mengandungi paras kandungan gula berlebihan sekali gus mencetuskan kebimbangan memandangkan minuman itu amat popular dalam kalangan generasi muda. 

Anggaran Waktu Membaca:
Minuman dalgona di Korea Selatan didapati tinggi kandungan gula - Tinjauan

(Gambar: Unsplash)

Diterbitkan : 09 Dec 2020 08:26PM Dikemas Kini : 09 Dec 2020 08:31PM

SEOUL: Minuman yang dibuat dengan gula perang dan gula-gula Korea, atau dalgona, didapati mengandungi paras kandungan gula berlebihan sekali gus mencetuskan kebimbangan memandangkan minuman itu amat popular dalam kalangan generasi muda. 

Menurut tinjauan pemerintah Seoul ke atas 40 jenis minuman gula perang dan 35 dalgona mendapati bahawa purata kadar gula daripada 282 gram minuman gula perang mencecah sebanyak 34.8 gram iaitu 33 peratus lebih tinggi berbanding jumlah yang disyorkan untuk pengambilan gula setiap hari, lapor Agensi Berita Yonhap.

Purata gula satu minuman dalgona pula ialah 32.5 gram, bersamaan antara 11-12 kiub gula, lebih banyak berbanding minuman manis lain, seperti secawan vanilla latte ais mengandungi 25 gram gula. 

Pemerintah Seoul berkata pihaknya akan mengesyorkan kepada syarikat pengeluar supaya memaklumkan pengguna mengenai kadar gula dan mempelbagaikan saiz minuman.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan