Minggu Seni SG ke-14 tampil lebih 100 acara, berlangsung pada 22-31 Jan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bagi para pencinta seni, acara yang dinanti-nantikan kembali diadakan di Singapura!
Minggu Seni Singapura (SAW) akan berlangsung pada Khamis (22 Jan) hingga 31 Januari.
Dianjurkan oleh Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dan Lembaga Pelancongan Singapura (STB), terdapat lebih 100 acara yang ditampilkan oleh masyarakat seni visual tempatan dan antarabangsa.
Berikut antara beberapa paparan seni yang tidak harus anda lepaskan:
1. ART SG DAN SEA FOCUS

Pameran seni kontemporari Art SG kembali untuk edisi keempatnya.
Dipersembahkan oleh UBS, para pengunjung boleh mengunjungi -galeri-galeri antarabangsa dan serantau yang terkenal merentas tiga sektor berbeza, di samping program susun atur pemasangan berskala besar, filem, perbincangan panel, seni persembahan dan lebih banyak lagi.
Tahun ini, SEA Focus juga menyertai pameran itu untuk pertama kali di Pusat Konvensyen dan Ekpo Sands.
Disusun atur oleh John Tung, ia merupakan edisi kelapan acara itu yang memberi tumpuan terutamanya kepada seni kontemporari dan seniman dari Asia Tenggara.
Bila: 22-25 Jan
Di mana: Pusat Konvensyen dan Expo Sands, Marina Bay Sands
Lebih banyak butiran boleh anda dapatkan di laman Art SG dan SEA Focus.
2. Light To Night 2026

Jika anda belum menyaksikannya lagi, pameran Light To Night 2026 yang sedang berlangsung merupakan edisi paling lama pameran tersebut sejauh ini.
Berkisarkan tema "The Power in Us", karya seni acara itu meneroka kesatuan antara masyarakat dengan refleksi, melalui pemasangan seni interaktif serta penayangan kegemaran orang ramai yang biasa dilihat di pelbagai tempat di Daerah Sivik.
Saksikan karya seni oleh seniman tempatan dan serantau, seperti Ansiblomoo oleh seniman dari Singapura, Fyerool Darma, Memory Gesture oleh seniman dari Vietnam, Ngoc Nau dan Singaporama oleh seniman Thailand, Navin Rawanchaikul.
Bila: Berlangsung sehingga 31 Jan
Di mana: Galeri Nasional Singapura, The Arts House di Bangunan Parlimen Lama dan Teater Victoria dan Dewan Konsert Victoria
Lebih banyak butiran di lamannya.
3. SINGAPORE BIENNALE 2025
Satu lagi acara yang sedang berlangsung yang harus anda saksikan jika anda belum lagi, dengan lebih 100 karya seni dan 30 karya baharu daripada lebih 80 karyawan.
Teroka seni kontemporari di tempat-tempat yang tidak dijangkakan - daripada mercu tanda pre-kolonial dan kolonial hingga ke pusat beli-belah, estet perumahan bersejarah dan ruang hijau.
Kurator Duncan Bass, Hsu Fang-Tze, Ong Puay Khim dan Selena Yap menyediakan pameran di mana para pengunjung dapat menikmati lapisan sejarah Singapura.
Bila: Sedang berlangsung sehingga 29 Mac
Di Mana: SAM di Tanjong Pagar Distripark dan beberapa lokasi lain di bandar
Lebih banyak butiran di lamannya.
4. ALIWAL URBAN ARTS FESTIVAL 2025
Jika anda meminati budaya seni jalanan dan bandar, pastikan anda catitkan acara sehari ini yang akan berlangsung di Pusat Seni Aliwal.
Akan ada lukisan grafiti secara langsung, muzik dan penayangan imersif, studio tarian bandar dan studio terbuka oleh penyewa kreatif Aliwal.
Antara pihak yang mengambil bahagian termasuk *SCAPE Resident Artists, Chowk Productions Ltd., DASSAD Studio, Hothouse dan banyak lagi.
Bila: 31 Jan
Di Mana: Pusat Seni Aliwal

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.