Skip to main content

Gaya Hidup

The Mind Cafe tutup cawangan di Prinsep Street selepas 21 tahun

Kafe permainan papan, The Mind Cafe akan menutup cawangan utamanya di 60A Prinsep Street, setelah ia beroperasi selama lebih dua dekad.

Anggaran Waktu Membaca:
The Mind Cafe tutup cawangan di Prinsep Street selepas 21 tahun

The Mind Cafe merupakan tempat perhimpunan bagi peminat permainan papan, lokasi menghoskan acara daripada malam permainan santai hingga ke sesi trivia dan permainan kompetitif. (Gambar: The Mind Cafe)

Diterbitkan : 24 Apr 2026 02:38PM Dikemas Kini : 24 Apr 2026 02:39PM
SINGAPURA: Kafe permainan papan, The Mind Cafe akan menutup cawangan utamanya di 60A Prinsep Street, setelah ia beroperasi selama lebih dua dekad.

Dalam satu catatan Instagram yang mengumumkan penutupannya, kafe itu menyatakan ia akan "mengucapkan selamat tinggal kepada tempat di mana segalanya bermula".

Jenama itu bagaimanapun, belum gulung tikar.

Ia sebaliknya menyatakan ia akan menggabungkan operasinya di satu lagi cawangan yang terletak di 30 Prinsep Street.

"The Mind Cafe tidak akan ke mana-mana. Kami hanya mempertingkatkan diri - menghimpunkan semangat, tenaga dan permainan kami dalam satu cawangan Mega," menurut catatan di Instagram itu.

Kafe itu menambah bahawa ruang lebih besar akan membuka laluan kepada lebih banyak permainan dan pengalaman masyarakat yang lebih hebat.

Diasaskan pada 2005, The Mind Cafe merupakan tempat perhimpunan bagi peminat permainan papan, lokasi menghoskan acara daripada malam permainan santai hingga ke sesi trivia dan permainan kompetitif, dengan menampilkan permainan seperti 'Monopoly', 'Battleship' serta permainan papan buatan tempatan termasuk 'Fly-a-Away' dan 'Prowl: Clans & Cunning'.

Pengumuman tersebut menarik pelbagai reaksi daripada pelanggan tetap kafe itu, di mana ramai menyifatkan cawangan itu sebagai tempat perhimpunan yang selesa dan berkongsi kenangan sewaktu mereka mengunjungi ruang tersebut.

Beberapa pengunjung lain juga menyuarakan sokongan terhadap langkah itu, sambil menarik perhatian terhadap peranan kafe itu dalam menyokong pencipta permainan papan tempatan dan bebas.

Seorang pengguna menulis: "Selamat maju jaya kepada pasukan ini dalam menghadapi waktu sukar di masa hadapan! Kami akan lakukan sedaya upaya untuk memberi sokongan sebaik mungkin!"

Hari terakhir cawangan utama itu beroperasi adalah pada 23 Mei.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita