Meta uji khidmat langganan bagi Instagram
Instagram sedang menguji sejenis khidmat berbayar yang menawarkan beberapa ciri termasuk membolehkan para pelanggan melihat kiriman "Story" yang biasanya lesap selepas 24 jam secara rahsia, menurut Meta kepada AFP pada Isnin (30 Mac), mengesahkan laporan oleh laman berita TechCrunch.
Ikon aplikasi Instagram kelihatan pada sebuah skrin telefon bijak. (Gambar: REUTERS/Dado Ruvic)
Para pengguna berbayar juga akan mempunyai lebih kawalan terhadap akaun yang dibenarkan untuk melihat gambar atau video yang mereka kongsikan sebagai kiriman "Story" di rangkaian sosial popular itu.
Khidmat baharu tersebut sedang diuji di “beberapa negara di seluruh dunia”, kata seorang jurucakap, tanpa memberikan butiran lanjut.
Menurut TechCrunch, negara-negara tersebut termasuk Jepun, Mexico dan Filipina, dengan harga langganan sekitar AS$2 (S$2.58) sebulan.
Meta melancarkan versi berbayar tanpa iklan bagi Facebook dan Instagram di United Kingdom tahun lalu bagi mematuhi undang-undang di negara tersebut.
Platform-platform media sosial Snapchat dan X sudah menawarkan versi premium berbayar selama beberapa tahun.
Syarikat induk Snapchat, Snap, baru-baru ini melaporkan, ia mempunyai lebih 25 juta pelanggan bagi khidmat premiumnya dan kini berada di landasan untuk menjana pendapatan tahunan sebanyak AS$1 bilion (S$1.29 bilion).
Pencipta kandungan di Instagram sudah diberi keupayaan untuk mengenakan bayaran ke atas para peminat untuk mendapatkan akses kepada kandungan eksklusif.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.