Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Menu terkini sarapan KFC tawar 11 makanan digemari ramai

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jika anda kini harus lebih kerap pulang ke tempat kerja selepas berbulan-bulan bekerja dari rumah, anda mungkin ingin mulakan hari anda dengan juadah sarapan yang lazat. 

KFC Singapura berikrar untuk membawa keceriaan dan "keseronokan" kepada waktu pagi anda dengan melancarkan semula menu terkini sarapan mereka yang akan ditawarkan di semua cawangan di merata negara. Ia menawarkan perasa unik jenama KFC, iaitu ayam Original Recipe.  

Mulai hari ini (8 Feb), sarapan kegemaran ramai Original Recipe Riser & Egg dengan roti bijirin oat yang lembut, telur masak hancur dan juga filet ayam Original Recipe, serta Mushroom Original Recipe Twister dengan cendawan yang digoreng, telur dan ketulan ayam Original Recipe, akan disediakan setiap hari selepas dilancarkan sebagai tawaran masa terhad. 

Penkek, wafel, bubur, sandwic Twister dan burger-burger sarapan merupakan beberapa tawaran KFC untuk waktu makan pagi. 

Mulai sekarang hingga pertengahan Mac, anda juga boleh menikmati tawaran-tawaran setiap minggu, dengan potongan harga 50 peratus bagi makanan-makanan tertentu! 

Layari laman https://www.kfc.com.sg/whats-new/weekly-bf-deals untuk maklumat lanjut! 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan