Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mentor mainkan peranan penting hasilkan graduan berkualiti

Kehidupan semasa zaman kolej dan universiti tentunya memberikan banyak pengalaman pahit dan manis kepada kehidupan seseorang graduan.

Anggaran Waktu Membaca:
Mentor mainkan peranan penting hasilkan graduan berkualiti

(Gambar hiasan: AFP/Frederick Florin)

Diterbitkan : 24 Aug 2018 11:24PM Dikemas Kini : 24 Aug 2018 11:28PM

AMERIKA SYARIKAT: Kehidupan semasa zaman kolej dan universiti tentunya memberikan banyak pengalaman pahit dan manis kepada kehidupan seseorang graduan.

Pengalaman ini bukan sahaja membantu memperkemas persiapan mereka melangkah ke alam pekerjaan, malah ia membentuk keyakinan diri bagi menghadapi pelbagai cabaran di luar.

Satu tinjauan terbaru yang dijalankan Universiti Elon, Amerika Syarikat mendapati bahawa setiap mahasiswa perlu membina rangkaian perhubungan dan komunikasi yang meluas dengan mencari seorang pembimbing bagi membolehkan golongan itu benar-benar menikmati zaman pengajian mereka di sesebuah institusi pengajian tinggi.

Agensi berita Astro Awani difahamkan bahawa kajian itu dijalankan ke atas lebih 4,000 graduan di Amerika Syarikat yang menamatkan pengajian di peringkat ijazah.

Pemilihan golongan pembimbing itu tidak terhad kepada pelajar sealiran atau pensyarah dikenali sahaja kerana untuk mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu, jurang keterbatasan dalam membina rangkaian perlu dirobohkan.

Malah, golongan itu seharusnya membina pelbagai rangkaian perhubungan dan komunikasi sejak dari tahun pertama institusi pengajian mereka.

Kajian sama mendapati bahawa golongan graduan yang mempunyai hubungan komunikasi yang baik dengan sekurang-kurangnya tujuh atau 10 kenalan atau kakitangan fakulti akan lebih menikmati zaman pengajian mereka berbanding dengan golongan yang tidak melakukan demikian, lapor Astro Awani.

Tahun pertama di kolej atau universiti adalah penting bagi membina asas untuk hubungan ini yang sebenarnya bukan sahaja memberi kesan kepada masa ketika dalam tempoh pengajian, malah ia mampu memberi manfaat selepas tempoh tamat pengajian.

KUALITI LAWAN KUANTITI

Bagi mencipta pengalaman pengajian yang bermutu tinggi, pemilihan pembimbing memainkan peranan yang penting.

Kajian Gallup-Purdue 2014 menunjukkan bahawa seseorang itu tidak memerlukan jumlah pembimbing yang tinggi kerana kualiti adalah lebih penting daripada aspek kuantiti.

Astro Awani difahamkan bahawa 46 peratus peserta kajian itu merasakan bahawa pewujudan ekosistem yang sihat ini sebenarnya bukan sahaja mencerminkan kemahiran bermutu tinggi yang dimiliki golongan mahasiswa, malah ia juga memberi erti yang besar dalam era pembelajaran mereka di sesuatu institusi.

Namun bukan semua menghadapi keyakinan untuk membina jaringan komunikasi yang baik bagi mendapatkan pembimbing yang berkualiti.

Sifat rendah diri atau kurang pengetahuan asas menjadi punca kegagalan kumpulan minoriti tidak terdedah kepada pentingnya untuk mencari pembimbing yang berkualiti.

Walauapapun, inisiatif pihak kolej atau universiti juga penting dalam memainkan peranan bagi membimbing golongan itu supaya mereka mampu mencipta pengalaman yang berharga sepanjang mereka menuntut di sesebuah kolej mahupun universiti. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan