Skip to main content

Gaya Hidup

Mengapa penting untuk mandi air dingin setiap pagi?

Anggaran Waktu Membaca:
Mengapa penting untuk mandi air dingin setiap pagi?

Gambar hiasan seorang kanak-kanak lelaki dalam tab mandi. (Gambar: Pexels)

SINGAPURA: Tidak kiralah sama ada ingin ke sekolah, pejabat atau ke mana sahaja untuk mulakan pagi hari anda, ramai di antara kita yang akan memastikan untuk mandi pagi dulu sebelum keluar rumah untuk memulakan tugas.

Rata-rata pastinya ramai yang akan memilih untuk mandi pagi dengan menggunakan air hangat daripada air dingin. Ini kerana ramai yang tidak mahu rasa terlalu sejuk pada pagi hari. Tapi, tahukah anda, mandi dengan air dingin atau sejuk setiap pagi mempunyai pelbagai manfaat dari segi kesihatan dan mental untuk jangka masa yang panjang.

Oleh itu, cubalah untuk mulakan hari anda dengan mandi pagi menggunakan air sejuk kerana ia bukan sahaja dapat membuat tubuh tampil lebih segar tapi manfaatnya lebih dari itu.

9 SEBAB MANDI AIR SEJUK BAIK UNTUK TUBUH

Tingkatkan peredaran darah


Ia tenyata baik untuk peredaran darah dan dapat tingkatkan peredarannya, membuat tubuh rasa lebih segar. Di samping itu, mandi pagi dengan air dingin juga dapat membantu tubuh untuk bekerja keras dan sekaligus mengekalkan suhu tubuh normal. Ia juga baik untuk pergerakan darah dalam tubuh, membuatnya bergerak lancar ke seluruh tubuh dan sekaligus membuat kulit tampil lebih sihat.

Kuatkan daya ketahanan
Gambar hiasan tangan. (Gambar: Pexels)
Mandi pagi menggunakan air sejuk juga boleh tingkatkan daya ketahanan tubuh. Semasa kita mandi ia dapat tingkatkan kehadiran sel darah putih dalam tubuh. Ianya baik kerana sel darah putih berperanan untuk melawan pelbagai virus dan penyakit yang tidak diingini.

Jika sel darah putih meningkat, daya ketahanan tubuh juga akan semakin kuat dan dapat mencegah selain mengurangkan kehadiran risiko pelbagai penyakit yang tidak diingini.

Lebih bertenaga

Apabila kulit disiram dengan air sejuk, secara langsung hormon endorfin yang hadir akan membuat tubuh menjadi lebih bertenaga dan cergas. Selain itu, air sejuk juga didapati dapat merangsangkan otak serta menghasilkan noradrenalin, sejenis zat kimia organik dalam otak yang berperanan untuk kurangkan tekanan atau stres yang ada pada seseorang.

Kurangkan sakit sendi
Gambar hiasan. (Gambar: Pexels)

Selalunya jika kita mandi air sejuk pada malam hari, ia akan membuat sendi atau otot rasa sakit untuk jangka masa yang panjang. Tapi, lain pula jika anda mandi pagi dengan air sejuk pada sebelah pagi. Ia mempunyai pelbagai kebaikan untuk tubuh kerana air sejuk di pagi hari mempunyai kandungan karbon dioksida yang ternyata sangat baik untuk kurangkan risiko sakit sendi. Lantas, terapi mandi pagi dengan air sejuk ini ternyata dapat membantu menghuraikan masalah sendi, selain anda mengambil ubat-ubatan yang lain.

Redakan kegatalan kulit

Satu kajian mendapati, mereka yang mempunyai masalah kulit gatal boleh mengatasinya dengan mengamalkan untuk mandi dengan air sejuk. Ia boleh mengurangkan rasa gatal selain menangani rasa untuk menggaru di bahagian kulit gatal.

Kulit lembut dan rambut lebih sihat

Gambar hiasan. (Gambar: Pexels)

Menurut satu kajian saintifik, kesan air sejuk yang serap pada kulit dan rambut sangat berkesan untuk menguat dan menyekat aliran darah yang akan membuat kulit kelihatan lebih bersinar. Apa yang menarik, air sejuk tidak akan mengeringkan lapisan sebum semula jadi yang memberikan perlindungan untuk kulit serta rambut.

Elak mengantuk

Sukar untuk bangun pagi atau rasa mengantuk? Percikan air sejuk pada tubuh, ia pasti akan membuat anda terkejut serta merta dan hilang rasa mengantuk. Pada masa yang sama ia juga dapat membantu untuk tingkatkan pengambilan oksigen serta kadar degupan jantung.

Kurangkan sakit otot

Air dingin boleh menyembuhkan kesakitan otot selepas bersenam kerana ia mempunyai sifat regenaratif atau berpotensi untuk menyembuhkan kesakitan dengan cara pemulihan. Ini dapat diatasi apabila otot berehat dan pulih semula selepas bersenam.

Turunkan berat badan

Tahukah anda beberapa sel lemak seperti lemak coklat dapat menghasilkan haba dengan membakar lemak di bahagian leher dan bahu terutama apabila tubuh terdedah pada keadaan sejuk seperti sedang mandi. Oleh itu, cubalah rutin untuk mandi pagi dengan air dingin kerana ia terbukti berkesan. Manfaat mandi pagi dengan air sejuk membantu untuk mengurangkan lemak.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita