Menderita ekzema? Ini 5 cara anda boleh atasi haba dan kelembapan cuaca yang semakin teruk
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tidakkah anda kadangkala berharap Singapura wujud dalam kubah berhawa dingin?
Tidak perlu lagi meninjau-ninjau jika terdapat tiket penerbangan yang ditawarkan pada harga hemat ketika di tempat kerja, semata-mata untuk memenuhi hasrat supaya dapat terbang ke destinasi dengan cuaca dingin seperti yang diidam-idamkan.
Namun, ini bukan realitinya. Sejak kebelakangan ini, Singapura berdepan dengan cuaca yang begitu panas dan lembap, yang tidak dapat dibayangkan sama sekali. Pada siang hari, rasanya anda boleh basah kuyup dengan peluh. Bagi mereka yang menghidap ekzema pula, bukan sahaja mereka perlu menangani ketidakselesaan daripada peluh, bahkan juga rasa gatal.
Berikut adalah antara tips dan produk yang dapat menenangkan anda apabila terpaksa mengharungi cuaca panas sedemikian, sama ada anda mengalami ekzema ataupun tidak.

1. PAKAI GEGELANG LEHER SEJUK
Peluh sebenarnya mengeringkan kulit, manakala mineral yang terkandung di dalamnya boleh menyengat dan merengsakannya. Jika ingin terus rasa dingin, anda boleh menimbangkan untuk memakai gegelang leher menyejukkan yang boleh dipakai semula, di leher anda. Ia mengandungi gel yang membeku lebih pantas daripada air dan boleh mengekalkan keadaan bekunya selama 40 minit hingga dua jam.
Anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk, air ais atau bahkan, di dalam bilik berhawa dingin untuk membekukannya. Dan tidak seperti kipas yang perlu dipegang tangan dan ais, ia tidak memerlukan bateri atau mudah cair.
2. MAKAN TEMBIKAI BEKU
Memang tersedia begitu banyak gelato dan minuman 'bubble tea' yang boleh anda nikmati sebelum anda terpaksa menerima hakikat bahawa ia hanya akan menambah berat badan anda.
Pilihan alternatif yang lebih sihat - dan lebih menghidratkan - adalah untuk memotong tembikai (anda juga boleh mencedok atau membentukkan isinya dalam bentuk kiub) dan memasukkannya ke dalam peti sejuk. Sekiranya anda mempunyai lebih banyak masa, masukkan tembikai beku berserta buah-buahan lain ke dalam mesin pengisar, untuk membuat minuman smoothie yang menyegarkan.

3. MANDI AIS (ATAU SEKURANG-KURANGNYA MANDI DENGAN AIR SEJUK)
Duduk di dalam tab mandi yang dipenuhi dengan air ais mungkin cara terbaik untuk menyejukkan badan. Namun bersiap sedialah untuk merasakan sensasi yang menyakitkan apabila anda memasukkan badan anda - dan berada di dalamnya - suhu 10 darjah Celsius hingga 15 darjah Celsius selama 30 hingga 60 minit.
Mereka yang terbiasa dengan pengalaman mengejutkan ini, percaya ia akan meningkatkan kejelasan mental, mengurangkan kesakitan otot yang disebabkan oleh keradangan yang disebabkan oleh senaman serta meningkatkan fungsi imun.
Doktor bagaimanapun memberi amaran, adalah lebih baik bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis dan penyakit jantung, untuk mandi dengan cara biasa sahaja.
4. BERENANG
Klorin di dalam kolam renang didapati berupaya mengurangkan keradangan kulit dan gatal-gatal berdasarkan beberapa kajian - selain, melegakan haba. Namun, meluangkan masa yang terlalu lama (dua jam, menurut satu kajian) dalam air berklorin boleh mengeringkan kulit.

5. BERSENAM DI TEMPAT TERTUTUP DAN SEGERA MANDI
Elak bersenam di bawah terik matahari pada sebelah tengah hari jika berada di luar rumah, dan pilihlah persekitaran tertutup yang berhawa dingin jika boleh. Tapi jangan lupa untuk mengambil rehat yang kerap dan hidrat secukupnya. Lap peluh dengan tuala, bukannya pada pakaian anda. Dan berehat atau bersenam pada rentak perlahan pada hari-hari apabila ekzema anda memburuk.
Selepas bersenam, penting untuk segera mandi dan mandi dengan air sejuk bersama pembersih hypoallergenic, yang bebas wangian untuk mencuci peluh dan bahan-bahan lain yang mungkin bersentuhan dengan kulit anda.
Lembapkan kulit anda dalam masa tiga minit selepas disapu kering.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.