Mencegah buta akibat penyakit kencing manis
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar hiasan: iStock
KUALA LUMPUR: Penyakit kecing manis sering dikaitkan dengan isu kesihatan termasuk penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan amputasi.
Ia bagaimanapun juga boleh menyebabkan kehilangan daya penglihatan dan merupakan punca buta paling kerap bagi orang dewasa dalam umur bekerja.
Pakar Perunding Oftalmologi dan Pakar Bedah Vitreoretinal di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Peh Khaik Kee berkata kira-kira 64 peratus rakyat Malaysia tidak menyedari penyakit kencing manis menyebabkan penyakit mata.
Menurut beliau, seorang daripada lima rakyat Malaysia menghidap penyakit kencing manis iaitu anggaran 4.6 juta dan seorang daripada tiga pesakit mengalami penyakit mata akibat kencing manis.
"Daripada angka ini, satu pertiga akan mengalami penyakit mata yang mengancam penglihatan, justeru menunjukkan 500,000 rakyat Malaysia mempunyai penyakit mata diabetes yang mengancam penglihatan," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Peh berkata penyakit kencing manis menjejaskan mata dalam beberapa cara termasuk perubahan terhadap kanta mata yang mengakibatkan penglihatan kabur, meningkatkan tekanan pada mata yang boleh menyebabkan glaukoma, serta merosakkan saraf yang mengawal otot mata justeru membawa kepada penglihatan berganda.
Ia juga boleh mengakibatkan kerosakan pada salur darah dalam retina yang menyebabkan retinopati diabetes, iaitu penyakit mata paling kerap dikaitkan dengan kencing manis, katanya.
Dr Peh berkata retinopati penyakit kencing manis menjadi epidemik di Malaysia memandangkan negara tersebut membelanjakan 16 peratus daripada bajet penjagaan kesihatan untuk diabetes; menjadikan Malaysia dalam kalangan 10 negara dengan peratus tertinggi bajet penjagaan kesihatan dibelanjakan untuk penyakit kencing manis.
"Ramai yang mengalami kencing manis tidak menjalani pemeriksaan mata berkala untuk memeriksa simptom bagi penyakit itu dan retinopati diabetes tidak mempunyai sebarang simptom khusus, dan tidak menyebabkan kehilangan penglihatan sehinggalah pada peringkat akhir.
"Oleh sebab itu, terdapat ramai pesakit yang tampil pada peringkat kritikal dan itulah kenapa pentingnya saringan," katanya.
Bagaimanapun, katanya, kehilangan penglihatan hampir 100 peratus boleh dicegah dengan saringan berkala.
Menurut Dr Peh, sebelum ini, pemeriksaan mata bagi retinopati penyakit kencing manis menggunakan mikroskop lampu celah yang memfokuskan cahaya pada retina dan menyebabkan ketidakselesaan, terutama jika individu tersebut sensitif pada cahaya.
Namun, kini, katanya, terdapat kamera fundus medan ultra lebar yang boleh mengambil gambar retina tiga kali lebih baik daripada kamera standard dan pesakit tidak lagi mengalami kekaburan akibat cecair mata serta tidak perlu lagi menempuh pemeriksaan lampu celah yang tidak selesa.
Dr Peh berkata suntikan untuk merawat retinopati penyakit kencing manis juga membuahkan hasil yang baik bagi pesakit di peringkat awal, bagaimanapun mereka perlu menjalani prosedur secara intensif, bergantung kepada jenis ubat, setiap empat atau lapan minggu untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.
Katanya lagi, terdapat juga kaedah pembedahan baru dan peralatan yang kurang invasif dengan hasil yang lebih baik.
Hal itu, menurut Dr Peh, boleh menjadi langkah pencegahan dan merupakan suatu kemajuan besar dalam menangani penyakit itu.
Beliau turut menasihati mereka yang mempunyai ahli keluarga penghidap penyakit kencing manis supaya memeriksa kandungan gula dalam darah dan mereka yang telah didiagnosis dengan penyakit itu agar berjumpa pakar oftalmologi untuk memeriksa retina bagi mengesan penyakit mengancam penglihatan, sekali gus mencegah buta.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.