Skip to main content

Gaya Hidup

Menakjubkan: Hotel bertema 'hobbit' di hutan Armenia

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jan 2024 11:06PM Dikemas Kini : 07 Jan 2024 11:08PM
DILIJAN, Armenia: Tersembunyi di balik pokok-pokok yang diselubungi salji, terletak sebuah kawasan unik yang pasti boleh dikenali peminat filem Lord of The Rings.

Daya tarikan itu dibina semula di utara Armenia di mana perkampungan cilik yang khas buat mereka yang ingin merasakan kehidupan seperti hobbit, yang lazimnya setinggi 1.1 meter.

Rumah-rumah kecil itu sebahagian daripada hotel Cozy House di Armenia.

Dibina oleh dua beradik, Edgar dan Ara Gulanyan, ia diilhamkan daripada watak hobbit di tengah-tengah resort pergunungan di Dilijan.

Setiap rumah dihias khas untuk menghidupkan semula suasana dunia Lord of The Rings.

"Saya cuba untuk menggunakan kepakaran saya ke dalam perniagaan ini. Semasa melakar bentuk lukisan restoran, saya berusaha untuk mengekalkan gaya dan keunikan kami yang tersendiri," kata Edgar Gulanyan, pengasas bersama, Cozy House.

Ternyata, lukisan-lukisan yang menghiasi tapak itu perlu diperhatikan dengan lebih dekat lagi.

Misalnya, sisik ikan direka menggunakan rekod piring hitam lama,
manakala tempurung siput pula menyembunyikan sebuah kaca pembesar.

Setiap pagar, pintu dan tingkap direka khas untuk memberikan pengalaman hobbit.

Menurut Encik Gulanyan, mereka cuba memaparkan butiran-butiran yang menarik perhatian ramai dengan memastikan setiap butiran kecil menarik.

"Kami telah membaca buku-buku Lord of The Rings, jadi rumah-rumah hobbit kecil ini benar-benar membuat kami teruja," menurut seorang tetamu resort itu.

"Kami ada lima anak dan mereka sangat ghairah ingin tinggal di rumah-rumah kecil ini."

Jadi, jika anda peminat tegar Lord of The Rings, ini mungkin salah satu destinasi yang perlu anda kunjungi.
Sumber : AGENCIES/AT/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita