Melaka akan paten jambu batu lohan sebagai ikon produk negeri
Kerajaan Melaka akan mempatenkan buah jambu yang sering dikaitkan dengan negeri itu, iaitu jambu batu lohan atau jambu melaka, sebagai ikon produk buah-buahan dalam tempoh terdekat.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: BERNAMA)
MELAKA: Kerajaan Melaka akan mempatenkan buah jambu yang sering dikaitkan dengan negeri itu, iaitu jambu batu lohan atau jambu melaka, sebagai ikon produk buah-buahan dalam tempoh terdekat.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Melaka Dr Muhamad Akmal Saleh berkata jambu berkenaan dipilih memandangkan ia semakin popular dalam kalangan penggemar buah-buahan segar di negeri itu dan di luar Melaka.
Menurutnya, jambu batu lohan bukan sahaja bersaiz gergasi tetapi kerangupan, manis dan kandungan airnya yang tinggi memberi nilai tambah kepada jambu itu yang dijangka menjadi antara produk pilihan pelancong sepanjang penganjuran Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
“Jambu melaka yang akan dipatenkan ini adalah khusus yang ditanam dan diusahakan di Pulau Gadong kerana rasanya berbeza dari tempat lain, ini mungkin disebabkan faktor tanah di kawasan itu.
"Setakat ini, hanya empat atau lima pekebun mengusahakan jambu ini secara serius dan ramai yang menanamnya secara kecil-kecilan di sekitar Pulau Gadong,” katanya.
Menurut Muhamad Akmal pelancaran jambu melaka sebagai ikon buah di negeri ini dijangkakan pada Jun depan sempena bulan pertanian untuk TMM2024.
“Kita juga akan mengadakan pelbagai program termasuk agrofest dan lebih istimewa pesta durian yang terbesar di Asia Tenggara,” katanya.

Sumber : Bernama/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.