McDonald's SG, Old Chang Kee hasilkan burger kari sempena Hari Kebangsaan
Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's Singapore dan Old Chang Kee menghasilkan burger kari baharu. (Gambar: McDonald's Singapore)
SINGAPURA: Berita baik untuk para peminat McDonald's dan Old Chang Kee!
Kedua-dua jenama makanan popular itu akan bergabung untuk menghasilkan beberapa hidangan berilhamkan kari, yang termasuk Burger Curry Potato Chicken, Burger Rendang Curry Beef dan Kentang McShaker Curry.
Burger Curry Potato Chicken itu terdiri daripada kepingan ayam yang dihidangkan bersama kari kentang dan telur goreng, manakala Burger Rendang Curry Beef pula terdiri daripada kepingan daging lembu yang disalut dengan sos rendang, dihidangkan bersama telur goreng dan bawang.
Kedua-dua burger dijual dalam variasi 'single' dan 'double'.

Selain itu terdapat juga kentang Curry McShaker, yang dihidangkan bersama serbuk perasa kari yang dicipta bersama Old Chang Kee.
Bagi mereka yang gemarkan sos kari McDonald's, restoran makanan segera ini akan turut menjual botol sos kari McDonald's!
Sebagai pencuci mulut, anda boleh cuba pai nanas kelapa (Pineapple Coconut Pie), bebola mochi keledek (Sweet Potato Mochi Balls) dan aiskrim perisa mangga.

McDonald's juga akan melancarkan sebuah beg bekal edisi terhad.
Anda boleh dapatkannya pada harga S$9.90 dengan setiap pembelian hidangan.
Beg itu bantu memastikan hidangan anda kekal hangat dan boleh digunakan sebagai beg harian.
Selain itu, para ahli McDonald's boleh menebus 'Lunch Bag Charm' dengan 1,500 mata MyM Rewards melalui aplikasi McDonald's di restoran terpilih, selagi ada stok.

Burger Curry Potato Chicken, Kentang Curry McShaker, Pai Nanas Kelapa dan botol-botol sos kari boleh didapatkan di McDonald's mulai 11.00 pagi pada Khamis (9 Jul).
Burger Rendang Curry Beef dan beg makan pula boleh dibeli mulai 23 Julai.
Akhir sekali, perhiasan 'Lunch Bag Charm' boleh ditebus mulai 3.00 petang pada 27 Julai.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.