Skip to main content

Gaya Hidup

McDonald’s SG lancar Muzium McSpicy pertama, tawar burger percuma setiap hari

Mahu 'berdating' di muzium dalam suasana lebih ‘pedas’? Anda boleh mengalaminya di Muzium McSpicy untuk tempoh terhad.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald’s SG lancar Muzium McSpicy pertama, tawar burger percuma setiap hari

Muzium McSpicy menawarkan zon interaktif, permainan dan hadiah percuma. (Gambar: Instagram/mcdsg)

Diterbitkan : 14 May 2025 12:03AM Dikemas Kini : 14 May 2025 12:04AM
SINGAPURA: Mahu 'berdating' di muzium dalam suasana lebih ‘pedas’? Anda boleh mengalaminya di Muzium McSpicy untuk tempoh terhad.

Raikan cinta anda untuk burger ikonik itu di pameran pop-up bersebelahan cawangan McDonald's di Bugis Junction.

Di sana, para pengunjung boleh meneroka sejarah McSpicy menerusi satu zon interaktif. Selain itu, ada juga pameran, permainan dan hadiah percuma untuk para pengunjung.

Muzium McSpicy dibuka setiap hari dari 11.00 pagi hingga 9.00 malam, mulai sekarang hingga 25 Mei.

Dari 19 hingga 23 Mei pula, para pengunjung berpeluang mendapat burger McSpicy percuma, yang disediakan untuk 50 pengunjung pertama pada sesi pukul 12.00 tengah hari atau 5.00 petang.

Dianggap sebagai salah satu menu ikonik McDonald’s Singapura, McSpicy diperkenalkan di negara ini pada 1999. Burger itu mengandungi potongan peha ayam yang tebal dan dihidang bersama roti bijan. Burger tersebut juga amat terkenal dengan rasa pedasnya yang menyengat.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita