Skip to main content

Gaya Hidup

McDonald's SG kerjasama dengan Jumbo Seafood tawar burger dengan sos 'chilli crab' sempena SG60

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's SG kerjasama dengan Jumbo Seafood tawar burger dengan sos 'chilli crab' sempena SG60

Burger Udang Sos Ketam Cili dan Burger Ayam Sos Ketam Cili dijual pada harga bermula S$8.95 bagi hidangan nilai tambahan. (Gambar: McDonald's Singapore)

Diterbitkan : 08 Jul 2025 05:40PM Dikemas Kini : 08 Jul 2025 05:47PM
SINGAPURA: Mulai 10 Julai ini, McDonald's akan menghidangkan sesuatu yang pedas dan menepati selera tempatan!

Untuk meraikan SG60, McDonald's Singapore bekerjasama dengan Jumbo Seafood untuk memberi penghormatan kepada salah satu hidangan paling digemari negara – ketam cili.

Diilhamkan daripada resipi ketam cili Jumbo yang memenangi anugerah, kerjasama itu akan memperkenalkan dua burger baharu: Burger Udang Sos Ketam Cili dan Burger Ayam Sos Ketam Cili.

Harga bermula dari S$8.95 untuk hidangan nilai tambahan dan burger akan dijual di semua cawangan McDonald's di seluruh negara semasa waktu selain waktu sarapan.

Burger Udang Sos Ketam Cili menampilkan daging udang rangup yang dilengkapi dengan telur hancur gebu dan sos ketam cili istimewa. Jika anda betul-betul lapar, anda boleh menggandakan kenikmatan dengan menempah burger dengan dua daging udang.

Selain menu makanan laut, terdapat juga Burger Ayam Sos Ketam Cili. Gabungan rasa ini menampilkan daging ayam rangup yang dilengkapi dengan sos ketam cili.

Untuk memeriahkan lagi sambutan, selain burger, McDonald's turut melancarkan menu SG60 masa terhad yang menampilkan: Drumlet Kampung (S$3.35), Iced Dinosaur (S$4.15), pai Pulut Hitam (S$1.80) dan Chendol Soft Serve (S$1.30).

Anda juga boleh mendapatkan satu bekas (atau 10) sos ketam cili dengan harga hanya S$1 sebekas.
Related article image
Beg 'lunch bag' boleh dibeli pada harga S$7.90 dengan setiap pembelian hidangan kecuali Happy Meals. (Gambar: McDonald's Singapore)
McDonald's juga akan melancarkan beg istimewa 'lunch bag' pada 28 Julai mulai pukul 11.00 pagi. Beg tahan suhu ini, sesuai untuk hidangan yang dibeli untuk dibawa pulang. Ia dijual pada harga S$7.90 dengan sebarang pembelian hidangan kecuali Happy Meals.
 
Sumber : CNA/NK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita