Skip to main content

Gaya Hidup

McDonald's SG, G-Dragon lancar burger bulgogi, barangan edisi terhad mulai 1 Okt

Peminat G-Dragon di Singapura bakal dapat menikmati sesuatu yang istimewa apabila bintang K-pop itu bekerjasama dengan McDonald's Singapura mulai 1 Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's SG, G-Dragon lancar burger bulgogi, barangan edisi terhad mulai 1 Okt

McDonald's Singapura bekerjasama dengan bintang K-pop G-Dragon untuk memperkenalkan burger baharu dan barangan eksklusif. (Gambar: McDonald's Singapura)

Diterbitkan : 24 Sep 2026 02:58PM
  • G-Dragon bekerjasama dengan McDonald's Singapura mulai 1 Oktober, membawa tawaran bertema bulgogi untuk peminat K-pop di negara itu.
  • Menu utama termasuk Spicy Bulgogi Chicken Burger dengan pilihan satu atau dua patty, Bulgogi Beef Burger, serta kad foto misteri bagi pembelian set ayam.
  • Mulai 11.00 pagi pada 8 Oktober, barangan edisi terhad Peaceminusone seperti beg jinjing dan set pin dijual bersama set hidangan.
  • Topi vintaj eksklusif untuk anggota MyM boleh dibeli melalui aplikasi dengan minimum belanja $10 di 10 cawangan tertentu.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Peminat G-Dragon di Singapura bakal dapat menikmati sesuatu yang istimewa apabila bintang K-pop itu bekerjasama dengan McDonald's Singapura mulai 1 Oktober.

Kolaborasi yang dinanti-nantikan itu menampilkan burger bulgogi, kad foto eksklusif serta barangan edisi terhad.

Antara tarikan utama ialah Spicy Bulgogi Chicken Burger baharu, yang menampilkan ayam rangup pedas disaluti sos bulgogi manis dan pedas, bersama salad.

Burger yang mula dijual pada 1 Oktober itu boleh didapati dengan pilihan satu atau dua keping patty.
Related article image
Spicy Bulgogi Chicken Burger baharu daripada McDonald's Singapura. (Gambar: McDonald's Singapura)
Bagi pengumpul, setiap pembelian set Spicy Bulgogi Chicken Burger akan disertakan satu kad foto misteri G-Dragon daripada tiga rekaan yang tersedia.

Turut ditawarkan ialah Bulgogi Beef Burger, yang menampilkan patty daging lembu berjus bersama sos bulgogi manis dan pedas.

Mulai 11.00 pagi pada 8 Oktober, peminat juga boleh mendapatkan barangan edisi terhad hasil kerjasama dengan jenama fesyen G-Dragon, Peaceminusone.

Antaranya ialah beg jinjing (tote) pada harga $12.90 dan set pin berharga $5.90, yang boleh dibeli bersama mana-mana set hidangan.

Pelanggan juga boleh mendapatkan kedua-dua barangan tersebut dalam satu pakej pada harga $18.80.

Topi gaya vintaj pula ditawarkan secara eksklusif kepada anggota MyM.

Untuk mendapatkannya, pelanggan perlu terlebih dahulu membuka akaun menerusi aplikasi McDonald's Singapura. Topi tersebut kemudian boleh dibeli pada harga $9.90 dengan perbelanjaan minimum $10 menerusi aplikasi itu.

Tawaran topi tersebut hanya tersedia di 10 cawangan McDonald's, iaitu Canberra, Choa Chu Kang Lot 1, Sengkang Sports Complex, Woodleigh Mall, JEM, Aperia Mall, Bedok Mall, Pasir Ris Mall, Kallang dan Funan.
 
Related article image
Barangan eksklusif yang ditawarkan menerusi kerjasama McDonald's Singapura dengan G-Dragon. (Gambar: McDonald's Singapura)
Sumber : CNA/NU/nu
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita