McDonald's kini tawar Grimace Shake, burger ebi tomato pedas
Anggaran Waktu Membaca:
Grimace Shake akhirnya ditawarkan di Singapura. (Gambar: McDonald's Singapore)
SINGAPURA: Masih ingat lagi trend #GrimaceShake yang viral di TikTok tiga tahun lalu? Anda kini boleh turut serta apabila minuman tersebut ditawarkan di McDonald's Singapore.
Grimace Shake mula diperkenalkan untuk meraikan hari lahir maskot ikonik berwarna ungu itu. Di Singapura, minuman ini boleh dibeli dari harga S$1.85 sebagai sebahagian daripada peningkatan pada hidangan mereka.
Minuman itu merupakan sebahagian daripada trend viral pada 2023, yang menyaksikan pengguna TikTok merakam diri mereka meminumnya dan berpura-pura seolah-olah mereka mengalami keadaan sukar selepas meminum minuman tersebut.
Para peminat Grimace pasti teruja apabila mendapat tahu bahawa keseronokan itu tidak terhad kepada minuman sahaja. McDonald's Singapore juga akan mengeluarkan tumbler, anak patung, dan beg khas bertemakan watak comel itu.
Grimace Tumbler akan mula dijual mulai 26 Mac, eksklusif bagi ahli MyM. Para peminat juga boleh membelinya pada harga S$19.90 dengan perbelanjaan minimum S$10 dalam satu transaksi atau membayar S$29.90 melalui aplikasi McDonald's.
Patung Grimace pula akan dikeluarkan dari 2 April dan boleh dibeli pada harga S$5.90 dengan mana-mana hidangan yang dibeli, kecuali Happy Meals.
Grimace Puffer Bag akan dikeluarkan mulai 9 April dan mungkin pada harga S$12.90 dengan mana-mana hidangan yang dibeli, kecuali Happy Meals.
Anda juga boleh mendapatkan pelekat kenderaan Grimace secara percuma melalui McDonald's Drive-Thru dari 19 Mac hingga 22 April. Di sana, anda juga boleh menikmati Grimace Shake pada harga S$2.50 dengan perbelanjaan minimum S$10.Selain itu, McDonald's Singapore juga telah membawa kembali hidangan Spicy Tomato McSaver yang popular.
Turut ditawarkan semula dalam menu ialah burger Creamy Mushroom. Kini terdapat edisi deluxe, yang mempunyai potongan pati daging lembu yang lebih tebal dan lebih banyak cendawan panggang.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.