Skip to main content

Gaya Hidup

McDonald's bakal lancar Happy Meal dengan mainan TinyTan BTS, termasuk di SG

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's bakal lancar Happy Meal dengan mainan TinyTan BTS, termasuk di SG

Hidangan Happy Meal bertemakan BTS akan dilancarkan di McDonald's Amerika pada 3 Sep 2025, disusuli dengan negara-negara lain. (Gambar: Instagram/mcdonalds)

WASHINGTON: Rangkaian makanan segera McDonald's mengumumkan pada Selasa (19 Ogos) bahawa ia akan mula menjual Happy Meal yang disertakan dengan mainan TinyTan - watak-watak yang diinspirasikan daripada ahli kumpulan K-pop BTS.

Kolaborasi ini akan dilancarkan di restoran McDonald's di Amerika Syarikat pada 3 September, dan akan turut ditawarkan di lebih 60 negara, termasuk Singapura, Malaysia, Thailand dan Filipina.

Tarikh pelancaran mungkin berbeza mengikut lokasi.

Menurut McDonald's, dua set mainan TinyTan yang ditawarkan dalam kolaborasi kali ini.
Set pertama, iaitu 'The Throwback Edition', menampilkan figura Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook dalam pakaian dari kolaborasi McDonald's bersama BTS pada 2021.

Kolaborasi pada tahun tersebut menyaksikan McDonald's menjual "BTS Meal", yang mengandungi nuget ayam, kentang goreng, minuman, serta sos Cajun dan sos cili manis.

Set kedua, dipanggil 'The Encore Edition', akan menampilkan figura dengan pakaian yang merujuk kepada kolaborasi kedua antara BTS dan McDonald’s.

Mediacorp sudah menghubungi McDonald's Singapore untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Selepas Suga menamatkan perkhidmatan tenteranya pada bulan Jun lalu, ketujuh-tujuh ahli BTS kini sudah selesai menjalani perkhidmatan tentera wajib.

Kumpulan itu dijangka akan melancarkan album baharu pada tahun depan dan dikhabarkan akan membuat konsert jelajah dunia.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita