Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

McDonald's M'sia agih 3 juta baucar kopi, galak penduduk divaksin

McDonald's Malaysia berjaya mengagihkan sekitar tiga juta baucar kopi bagi menggalak penduduk negara itu menerima suntikan vaksin COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's M'sia agih 3 juta baucar kopi, galak penduduk divaksin

Gambar fail: BERNAMA

Diterbitkan : 03 Nov 2021 12:01PM Dikemas Kini : 03 Nov 2021 12:38PM

KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia berjaya mengagihkan sekitar tiga juta baucar kopi bagi menggalak penduduk negara itu menerima suntikan vaksin COVID-19.

Inisiatif ini sudah digerakkan sejak bermula Program Imunisasi COVID-19 (PICK) di 75 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara bagi memastikan setiap penduduk sentiasa dalam keadaan selamat dan terhindar daripada wabak tersebut.

"Kami dapat dekati lebih banyak aktiviti kemasyarakatan atau ‘grassroot’ berjaya dilaksanakan melibatkan frontliners dan mereka yang terjejas disebabkan pandemik.

"McDonald's juga menyokong usaha kerajaan dalam galakan vaksinasi dengan memberi tiga juta baucar kopi Americano dari McCafe di beberapa PPV dan lebih banyak lagi aktiviti kemasyarakatan akan kami laksanakan seiring dengan peningkatan perniagaan di negara ini," jelas Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald's Malaysia, Melati Abdul Hai ketika diwawancara oleh Astro Awani pada Rabu.

Selain itu, dalam menghargai usaha petugas barisan hadapan yang berkhidmat tanpa jemu, sekitar sejuta hidangan percuma diagihkan kepada golongan pekerja itu.

Ia ditambah dengan perbelanjaan sekitar RM350,000 (S$113, 615) untuk lebih 400 rumah kebajikan kanak-kanak di seluruh negara bagi memberi keselesaan dan keceriaan.

McDonald's kini bersedia menerima pelanggan untuk menikmati hidangan secara dine-in untuk merasakan semula pengalaman terbaik daripada krunya.

Pematuhan SOP yang ketat dipraktikkan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan ketika menikmati hidangan bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan