Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

McDonald's laksana had dua orang semeja mulai 19 Julai

McDonald's akan mengenakan had dua orang semeja bagi pelanggan yang ingin makan di restoran makanan segera itu, tidak kira jika mereka sudah divaksinasi atau pun tidak, mulai Isnin (19 Jul) hingga 8 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
McDonald's laksana had dua orang semeja mulai 19 Julai

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 18 Jul 2021 08:19PM Dikemas Kini : 18 Jul 2021 08:21PM

SINGAPURA: McDonald's akan mengenakan had dua orang semeja bagi pelanggan yang ingin makan di restoran makanan segera itu, tidak kira jika mereka sudah divaksinasi atau pun tidak, mulai Isnin (19 Jul) hingga 8 Ogos.

Pasukan bertindak berbilang kementerian COVID-19 pada Jumaat (16 Jul) mengumumkan had dua orang semeja untuk makan di luar, walaupun mereka yang sudah menerima vaksinasi lengkap boleh terus makan semeja sehingga lima orang di tempat-tempat makan yang mempunyai sistem penjejakan kontak wajib SafeEntry, supaya ia boleh memeriksa status vaksinasi setiap pelanggan.

McDonald's menyatakan pada Ahad ia akan melaksanakan peraturan dua orang semeja tidak kira status vaksinasi mereka, disebabkan oleh kemunculan semula kes COVID-19.

"Sebagai jenama yang menerima ribuan pelanggan dari pelbagai peringkat usia setiap hari, keutamaan kami ialah untuk melindungi keselamatan kakitangan dan pelanggan kami ," kata pengurus besar McDonald's Singapore, Encik Benjamin Boh.

"Kami menghargai pilihan yang diberikan kepada kedai-kedai makanan dan minuman (F&B) untuk menentukan protokol yang terbaik bagi mereka, dan kami memutuskan had dua orang semeja bagi yang ingin makan di restoran kami sebagai pilihan paling selamat untuk pelanggan dan kakitangan."

Para pelanggan masih mempunyai pilihan untuk membuat tempahan makanan menerusi khidmat penghantaran, pandu lalu atau bawa pulang.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan