MBS perkenal visi, identiti jenama baharu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: MBS)
SINGAPURA: Marina Bay Sands (MBS) melancarkan visi dan kempen jenama baharu dengan slogan "Above Beyond", sempena menandakan pencapaian penting dalam program tranformasi hotel ikonik itu melibatkan pelaburan AS$1.75 bilion (S$2.3 billion), yang bermula pada 2022.
Menjelang suku kedua 2025, hampir separuh bilik hotel di MBS akan diubah menjadi 'suite' mewah dengan pasukan butlernya meningkat tiga kali ganda kepada 160 orang.

Dalam kemas kini pada Khamis (7 Nov), MBS berkata kira-kira 1,540 bilik baharu, termasuk 635 suite, telah siap direka bentuk semula di ketiga-tiga menara di bawah program besar-besaran pertamanya dalam 14 tahun untuk memberi nafas baru bagi melambangkan kemegahan dan kemewahan jenama itu.
Selepas tiga menara hotel diubah suai, akan terdapat 1,850 bilik termasuk kira-kira 775 suite, iaitu empat kali lebih banyak daripada 180 suite yang ada sekarang.

Selain bilik, logo hotel, kad kunci bilik serta pakaian seragam kakitangan MBS juga direka semula.
Program transformasi pusat peranginan bersepadu itu pertama kali diumumkan pada 2022 sebagai sebahagian daripada program berbilang tahun dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri hospitaliti mewah.

PAIZA COLLECTION
"Visi jenama baharu serta transformasi hotel ini melengkapi visi Marina Bay Sands, menandakan arah perkembangan berikutnya dalam menawarkan pengalaman perjalanan mewah yang terkemuka di dunia," kata Ketua Pegawai Operasi MBS, Paul Town di Sands Theatre, pada Khamis.
Menurutnya, koleksi bilik dan suite di bawah Paiza Collection merupakan pencapaian terbaru Marina Bay Sands dalam menawarkan konsep dan desain hospitaliti mewah. Terletak di aras paling atas hotel ikonik itu, suite paling mewah (ultra-luxurious) Paiza Collection menawarkan antara lain Chairman Suite, Presidential Suite, Skyline Suite, dan Horizon Suite dengan dilayan pasukan butler.

Turut hadir di majlis itu ialah Duta Global Sands dan legenda bola sepak David Beckham, serta ketua pegawai pemasaran MBS Irene Lin.
Kata Cik Lin, identiti baharu 'Above Beyond' meraikan semangat dan tenaga lebih 11,700 kakitangan resort bersepadu itu selain membangunkan warisan yang sudah ada dan mengangkat statusnya sebagai destinasi ikonik kelas dunia.
Visi jenama itu tambahnya adalah selaras dengan cita-cita masa depan Marina Bay Sands untuk menempatkan resort itu sebagai peneraju dalam industri hospitaliti mewah, sekali gus membina hubungan emosi yang lebih kuat dengan tetamu MBS.

Kerja-kerja pengubahsuaian utama ke atas ketiga-tiga menara itu dilakukan ketika MBS merancang untuk membina menara keempat.
Projek yang dianggarkan bernilai AS$8 bilion itu akan menawarkan arena hiburan yang mampu memuatkan 15,000 tempat duduk, 570 bilik hotel, kawasan permainan premium, ruang untuk acara Mice (mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran), serta tawaran F&B dan hiburan malam.
Menara keempat itu dijangka siap menjelang Jun 2030, dengan pembukaan rasminya dianggarkan pada Januari 2031.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.