Mattel keluarkan patung Barbie pertama dengan kencing manis Jenis 1
Anggaran Waktu Membaca:
Patung Barbie dengan kencing manis Jenis 1. (Gambar: Mattel)
CALIFORNIA: Mattel memperkenalkan patung Barbie pertamanya yang mewakili golongan yang menghidap kencing manis Jenis 1, sebagai sebahagian daripada usaha yang lebih luas daripada pembuat mainan tersebut untuk meningkatkan sifat inklusif bagi patung-patungnya.
Dalam pengumuman pada Selasa (8 Jul), Mattel menyatakan bahawa ia bekerjasama dengan Breakthrough T1D - pertubuhan penyelidikan dan advokasi kencing manis Jenis 1 yang dahulunya dikenali sebagai Yayasan Penyelidikan Diabetes Juvana (JDRF) - untuk memastikan reka bentuk patung itu "benar-benar menggambarkan masyarakat".
Ini termasuk aksesori yang "secara tepat mencerminkan peralatan perubatan" yang mungkin diperlukan oleh orang yang menghidap kencing manis Jenis 1, menurut syarikat yang berpangkalan di California itu.
Pengarah strategi pemasaran di Breakthrough T1D, Emily Mazreku, turut berkata, sebagai seorang ibu yang menghidap kencing manis Jenis 1, "ia sugguh bermakna untuk mempunyai Barbie yang membantu dunia melihat T1D dan orang-orang luar biasa yang hidup dengannya".
Barbie baharu ini memakai alat pemantau glukosa berterusan (CGM), iaitu peranti yang menjejaki tahap gula darah, pada lengannya - sambil memegang telefon yang memaparkan aplikasi yang berkaitan.
Ia juga mempunyai pam insulin yang dipasang pada pinggangnya.
Patung itu juga membawa beg tangan biru yang boleh digunakan untuk membawa bekalan penting lain atau snek semasa dalam perjalanan.

Pakaian Barbie itu juga berwarna biru - dengan corak bintik-bintik pada baju dan skirt yang sepadan. Mattel menyatakan bahawa warna dan reka bentuk ini adalah isyarat kepada simbol-simbol kesedaran kencing manis.
Patung baharu tersebut "membolehkan lebih ramai kanak-kanak melihat diri mereka dicerminkan dalam Barbie", tulis Mattel pada Selasa, dan merupakan sebahagian daripada rangkaian Fashionistas oleh syarikat itu yang komited kepada sifat inklusif.
Rangkaian tersebut turut menampilkan Barbie dengan pelbagai tona kulit, warna dan tekstur rambut, kecacatan, jenis badan dan banyak lagi.
Fashionistas yang diperkenalkan sebelum ini termasuk patung Ken dengan kaki palsu dan Barbie dengan alat bantu pendengaran.
Mattel juga memperkenalkan patung pertamanya dengan sindrom Down pada 2023.
Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), 38.4 juta rakyat Amerika dari semua peringkat umur - berjumlah sekitar 11.6 peratus daripada penduduk Amerika - dianggarkan menghidap kencing manis pada tahun 2021, iaitu tahun terkini dengan data yang tersedia.
Kira-kira dua juta menghidap kencing manis Jenis 1, termasuk sekitar 304,000 kanak-kanak dan remaja berumur kurang 20 tahun.
Patung Barbie baharu dengan kencing manis Jenis 1 juga diperkenalkan di Kongres Kanak-kanak Breakthrough T1D 2025 yang diadakan di Washington, DC minggu ini, di mana pertubuhan tersebut memperjuangkan pembiayaan penyelidikan persekutuan yang berterusan.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.