Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Mati pucuk bukan masalah orang berumur sahaja

Mati pucuk, atau dalam bahasa Inggerisnya, erectile dysfunction (ED), adalah masalah yang segan untuk diakui oleh kaum Adam. Masalah ED biasanya dikenal pasti apabila seseorang lelaki tidak mampu untuk menahan kekerasan zakar untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Mati pucuk, atau dalam bahasa Inggerisnya, erectile dysfunction (ED), adalah masalah yang segan untuk diakui oleh kaum Adam. Masalah ED biasanya dikenal pasti apabila seseorang lelaki tidak mampu untuk menahan kekerasan zakar untuk melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Walaupun masalah ini sering dikaitkan dengan individu yang berumur 40 tahun ke atas, bilangan pesakit ED yang berumur dalam kalangan 20 hingga 30 tahun semakin meningkat sejak beberapa tahun yang lalu.

FAKTOR YANG MENINGKATKAN RISIKO ED

Walaupun umur memainkan peranan dalam menentukan keinginan dan daya syahwat (sexual drive and libido), serta kesihatan alat dan sistem reproduksi lelaki, terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi terjadinya masalah ED.

Lelaki yang berumur mungkin mengalami ED disebabkan kondisi seperti ketidakseimbangan hormon, atau penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis atau sakit jantung.

Sebaliknya, dalam kalangan lelaki lebih muda, masalah ED mungkin berpunca dari faktor-faktor psikologi, emosi atau gaya hidup. Contohnya, individu-individu yang bekerja terlalu panjang sehingga kurang rehat dan tidur, ataupun yang mengalami tekanan yang tinggi semasa bertugas, ataupun yang kurang bersenam – mereka menghadapi risiko yang lebih tinggi mengalami masalah ED.

JANGKAAN PERIBADI DAN KERESAHAN SUAMI

Akibat faktor-faktor ini, kadangkala seseorang suami mungkin mengalami masalah untuk menjalin hubungan seks yang memuaskan dengan pasangannya. Kegagalan untuk menyempurnakan nafkah batin untuk isteri mungkin menghantui minda suami, meskipun ia hanya terjadi sekali sahaja.

Apabila suami terlalu tertumpu kepada kegagalannya yang sekali itu, ia mungkin meningkatkan tekanan psikologi dan melahirkan jangkaan peribadi yang kurang sihat, serta rasa resah dalam melakukan hubungan seks – ini lebih dikenali dengan istilah 'performance anxiety'. Keresahan ini dapat menjejas kebolehan suami untuk terus menjalin hubungan intim dengan isterinya pada masa-masa yang lain.

Jika tidak ditangani, suami juga mungkin mengalami kemerosotan pada keyakinan diri dan kesihatan mentalnya.

PUNCA KERETAKAN RUMAHTANGGA

Kerana rasa malu, segan atau sikap kurang bersedia untuk membincangkan masalah ED, pasangan suami isteri mungkin tidak dapat berterus-terang sesama sendiri. Tanpa perbincangan yang terbuka, mungkin pula terjadi salah faham di antara pasangan. Apabila suami tidak menjalin hubungan intim dengan isteri, mungkin isteri berfikir bahawa suaminya tidak lagi tertarik kepadanya, atau lebih buruk lagi, sedang menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

(Gambar hiasan: AFP)

Suami pula mungkin merasakan bahawa ego dan kejantanannya terancam apabila isteri cuba bertanya. Apa pun keadaannya, masalah ED dengan nyata memberi kesan negatif terhadap hubungan dan kesefahaman pasangan suami-isteri. Justeru, penyelesaiannya juga perlu melibatkan kerjasama padu antara pasangan suami isteri, besertakan nasihat dari pakar kesihatan yang bertauliah.

BERUBAT DENGAN TEMAN

Bukan sahaja dengan pasangan, bahkan ramai orang yang mengalami masalah ED juga rasa malu dan segan untuk bertemu dengan doktor untuk menerima rawatan. Mereka lebih senang untuk meminta pendapat dari kenalan mereka. Seringkali, rawatan yang disyorkan teman-teman merupakan pengambilan pil-pil atau makanan tambahan yang tidak boleh diiktiraf keberkesanannya.

(Gambar hiasan: @rawpixel/Unsplash)

Malangnya, terdapat banyak kes di mana mereka yang mengambil ubat secara rambang tanpa nasihat doktor, mengalami kesan-kesan sampingan yang membawa mudarat sehingga mampu membawa ajal.

MATI PUCUK ADA RAWATANNYA

Mujurnya, masalah ED boleh dirawat. Langkah paling penting ialah untuk mengenepikan rasa malu atau segan untuk bertanya dan menyuarakan masalah kepada doktor. Jika anda rasa segan untuk berbincang dengan doktor di klinik awam atau klinik keluarga, anda boleh mencari perkhidmatan peribadi di klinik-klinik yang ditubuhkan khas untuk masalah kesihatan kaum Adam.

Di sana, anda boleh mendapatkan doktor-doktor yang pakar dan berpengalaman dalam menangani masalah ED. Berdasarkanl atar belakang anda, maklumat keterangan dan penyiasatan yang lengkap, doktor akan dapat mengenal pasti punca masalah dengan tepat dan menyarankan rawatan yang bersesuaian.

TIDAK PERLU MENGAMBIL PIL?

Bergantung kepada puncanya, rawatan masalah ED boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Biasanya, rawatan ED menggunakan pil yang menghadang fungsi enzim PDE5 (PDE5 inhibitor). Pil-pil ini, seperti Viagra dan Cialis, mampu melancarkan perjalanan darah ke alat kelamin dan meningkatkan kekerasan zakar.

Jika masalah ED berpunca dari performance anxiety semasa melakukan hubungan seks, pil-pil seperti ini dapat mengembalikan semangat dan keyakinan suami.Tambahan pula, pil-pil ini hanya perlu diambil pada permulaan rawatan, dan bukan untuk seumur hidup.

Rawatan jenis kedua pula menggunakan terapi gelombang“Shockwave”. Semasa rawatan ini, mesin yang khusus digunakan untuk menyalurkan gelombang tenaga tinggi pada alat kelamin. Proses ini merangsang penumbuhan saluran darah baru di bahagian dalaman alat kelamin, yang kemudiannya mampu menghasilkan kekerasan pada zakar yang lebih kuat.

Rawatan jenis ini selamat untuk dijalankan, dan 70 peratus pesakit ED menampakkan hasil yang memuaskan.

MEMUPUK GAYA HIDUP YANG SIHAT

Selain daripada rawatan di atas ini, seorang yang mengalami masalah ED juga boleh mencuba untuk mengubah factor-faktor risiko yang berkaitan dengan gaya hidup.

(Gambar fail: Ibraheem al Omari/Reuters)

(Gambar fail: Ibraheem al Omari/Reuters)

Sudah tentu, gaya hidup yang lebih sihat dan aktif dapat memberikan kecergasan, tenaga, dan meningkatkan keyakinan diri.

Pertama, biasakan bersenam. Senaman angkat berat atau bina badan amat baik untuk merangsang penghasilan hormontestosterone, yang penting untuk kaum Adam.

Tetapi, kita tidak perlu hanya ke gim untuk membina badan. Senaman-senaman ringkas seperti sit-up dan push-up,atau senaman tangkas dan padat seperti high intensity interval training (HIIT), dapat memberi kesan yang sama. Menaiki tangga juga dapat memberi manfaat untuk membina otot dan meningkatkan daya tahan.

Kedua, ambil makanan yang sihat dan seimbang. Keprihatinan terhadap makanan dapat memastikan agar badan kita menerima khasiat yang secukupnya untuk berfungsi secara optimal. Pemakanan yang sihat juga penting untuk mengawal berat badan dan mengelakkan dari bermulanya penyakit-penyakit kronik yang boleh menjejas kesihatan saluran-saluran dan perjalanan darah dalam badan, dan menyebabkan masalah ED.

Tambahkan protein, sayur-sayuran dan buah-buahan pada pemakanan harian kita. Sebaliknya, kurangkan makanan yang berlemak, makanan segera atau makanan yang diproses kerana makanan yang tidak sihat boleh mengakibatkan masalah ED.

Ketiga, dapatkan tidur yang secukupnya. Individu yang kurang tidur mungkin mengalami gangguan fikiran dan emosi, atau merasakan dirinya lelah dan resah.

(Gambar fail: Pixabay/Wokandapix) 

Perubahan ini mungkin mendatangkan kesan kurang elok pada interaksi hariannya, atau menambahkan rasa tertekan.

Dengan tidur yang cukup, akal dan badan dapat direhatkan, dan dapat kembali segar untukmenempuh cabaran hari yang baru. Cuba tidur sekurang-kurangnya 6-8 jam setiap malam.

Akhirnya, berhenti merokok. Bahan kimia di dalam rokok merupakan punca paling utama yang menghalang perjalanan darah di saluran-saluran kecil, lebih-lebih lagi di dalam alat kelamin lelaki.

Jika anda seorang perokok yang mengalami masalah ED, cuba kurangkan jumlah rokok atau berhenti merokok sama sekali demi kesihatan anda.

Sebagai kata penutup, masalah ED kini lebih difahami dan bukan sesuatu yang perlu disembunyikan atas sebab malu atau segan.

Dengan perkembangan ilmu perubatan, terdapat beberapa kaedah yang efektif untuk mengatasinya. Bagi mereka yang mengalami masalah ED, teruslah berjumpa dengan doktor yang pakar dan dapatkan rawatan awal, semoga kebahagiaanr umahtangga dan keyakinan diri anda tetap terjamin. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan