Masjid di Alor Setar sediakan penginapan buat musafir
Demi mempermudahkan urusan golongan musafir, pihak pengurusan Masjid Aman di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, mengambil inisiatif untuk menyediakan tempat penginapan khusus buat mereka bermula Ramadan ini.
Masjid Aman di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar. (Gambar: BERNAMA)
ALOR SETAR: Demi mempermudahkan urusan golongan musafir, pihak pengurusan Masjid Aman di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar, mengambil inisiatif untuk menyediakan tempat penginapan khusus buat mereka bermula Ramadan ini.
Setiausaha Jawatankuasa Kariah Masjid Aman Sulaiman Md Zain berkata masjid berkenaan sering menjadi tumpuan para jemaah dari luar kawasan kerana sering menganjurkan pelbagai acara ilmiah dan sepanjang Ramadan, jadual kuliah sangat padat.
“Buat pertama kalinya, pihak masjid menyediakan kemudahan bilik penginapan dengan caj minimum selain menawarkan pakej berbuka dan sahur untuk para jemaah yang bermusafir ke sini.
“Pihak masjid juga menaik taraf ruang solat berhawa dingin dan kemudahan untuk Orang Kelainan Upaya (OKU) demi keselesaan semua jemaah,” kata Encik Sulaiman.
Di samping itu, sebuah dewan khusus untuk penganjuran majlis berbuka puasa - yang boleh menampung sehingga 150 jemaah dalam satu-satu masa - turut disediakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.