Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Masih boleh jimat meski harga barang makin naik

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Apabila harga barang meningkat ia juga akan memberi tekanan ke atas kos sara hidup selain menjejas peruntukan bulanan kewangan anda. Namun jika bijak membuat pilihan dan mengatur perbelanjaan, ia dapat membantu anda berjimat.

Tidak kiralah berapa banyak jumlah penjimatannya. Yang penting setiap bulan masih dapat menabung.

(Gambar: Towfiqu Barbhuiya/Unsplash)

Sebelum keluar berbelanja di kedai atau pasaraya, tentukan terlebih dahulu berapa yang hendak dibelanjakan. Senaraikan benda-benda yang wajib dibeli sahaja agar pembelian tidak tersasar kepada pembelian yang tidak perlu.

Cara ini didapati penting dan berkesan kerana selalunya semasa membeli-belah ramai yang suka membeli barang-barang yang sudah ada di rumah atau yang tidak perlu dengan alasan ia ‘murah’. Tanpa disedari, kita akan membeli sesuatu yang tidak perlu dan akhirnya berbelanja lebih daripada yang ditetapkan.

Oleh itu penting untuk menetapkan jumlah wang yang ingin dibelanjakan dan buat perancangan sebelum keluar untuk membeli barang. Ia merupakan satu tabiat yang sihat agar anda dapat mengawal perbelanjaan dan berbelanja berdasarkan jumlah yang sudah ditetapkan.

SEBELUM KELUAR BELI-BELAH

Selain menetapkan jumlah wang yang mahu dibelanjakan, terdapat pelbagai lagi perkara yang boleh anda amalkan sebelum dan semasa membeli-belah.

Berikut cara-cara mudah yang boleh dicuba.

Apa juga caranya, yang penting anda berbelanja mengikut bajet.

BUAT 'CHECKLIST'

(Gambar: Torbjorn Helgesen/Unsplash)

Luangkan masa untuk periksa dalam peti sejuk dan kabinet dapur dan catatkan barang-barang yang sudah habis dan perlu dibeli.

Berikan keutamaan kepada bahan-bahan dan keperluan yang digunakan setiap hari. Dengan demikian ia dapat memberikan penjimatan dan anda dapat mengelak daripada membeli barang yang tidak diperlukan atau jarang digunakan.

BAJET

Sebelum keluar rumah tetapkan anggaran bajet untuk berbelanja. Dengan demikian ia dapat selamatkan wang anda daripada melayang untuk membayar sesuatu yang tidak diperlukan sama sekali atau berbelanja secara boros.

Ia juga boleh membantu anda berjimat dan berbelanja mengikut bajet yang disasarkan.

BELI BARANG IKUT RESEPI

Bagi golongan yang jarang masak, elakkan daripada terpanggil dengan jualan murah semasa di pasaraya.

Anda disarankan untuk siapkan senarai bahan yang ingin dibeli berdasarkan resipi atau juadah yang ingin dimasak agar anda lebih fokus kepada bahan yang diperlukan saja. Selain itu, pilih bahan mentah yang boleh tahan lama atau lambat rosak sebelum anda sempat memasaknya.

(Gambar: Anna Pou/Pexels)

BANDINGKAN HARGA

(Gambar: Charles Gao/Unsplash)

Sebelum membuat pembelian, anda juga boleh buat perbandingan harga. Teliti dulu harga barangan yang lebih berpatutan untuk dibeli. Ada barangan yang lebih berbaloi dan murah harganya tapi ia tidak bermakna tidak bermutu. Semuanya terpulang kepada diri anda sendiri dan jadilah pengguna yang bijak. Cara ini pasti dapat memberi penjimatan yang hebat.

ISI PERUT

Anda tidak digalakkan untuk keluar untuk membeli barang ketika perut sedang lapar atau sebelum makan. Jika perut sedang lapar, kemungkinan besar anda akan membeli barang makanan yang tidak ada di dalam senarai yang sudah anda siapkan terlebih dahulu.

Menurut satu kajian, perkara ini mungkin nampak remeh tapi percaya atau tidak, ia dapat menjimatkan perbelanjaan dengan cara berkesan untuk elakkan anda daripada membeli sesuatu terutama makanan atau bahan yang tidak diperlukan sama sekali.

BELANJA ONLINE

(Gambar: Roberto Cortese/Unsplash)

Cara ini sesuai bagi yang sibuk bekerja seharian dan mungkin kesuntukan masa untuk keluar membeli-belah. Kini terdapat pelbagai platform dan kemudahan untuk membeli barang dapur secara online.

Cara ini didapati boleh menjimatkan wang dan masa kerana anda hanya akan fokus kepada benda yang perlu dibeli sahaja. Ia dapat mengelakkan daripada membeli sesuatu yang tidak perlu secara mendadak atau impulsif. Pembelian secara online ini sesuai untuk golongan yang tiada masa untuk keluar membeli-belah.

DISKAUN DAN PROMOSI

(Gambar: Jj Ying/Unsplash)

Potongan harga sering diadakan dari masa ke semasa di pasaraya-pasaraya terkemuka. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil kesempatan promosi ini untuk membeli barang dan keperluan jika terdapat potongan harga.

Ia menjimatkan, tapi pastikan untuk beli barang yang sering digunakan atau yang diperlukan saja. Jika anda memilih barangan lain yang tidak disenaraikan atau tidak diperlukan ia juga akan memberi padah pada kocek dan akhirnya anda akan berbelanja lebih dari bajet yang ditetapkan.

BELI-BELAH SENDIRIAN

(Gambar: Kevin Malik/Pexels)

Keluar untuk membeli-belah bersendirian sangat digalakkan kerana ia akan membuat anda lebih fokus memilih barang yang ingin dibeli mengikut senarai yang sudah ditetapkan. Namun ini tidak bermakna anda tidak boleh berbelanja bersama anggota keluarga.

Yang penting, anda harus tegas memastikan anda membeli barang-barang yang sudah disenaraikan terlebih dahulu dan elak daripada membeli sesuatu yang tidak diperlukan.

Jadilah pembeli yang bijak, ok!

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan