Mangga digital murah cepat rosak, pemilik rumah kembali guna kunci tradisional
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mangga digital, dengan ciri-ciri pengesahan identiti seperti pengecaman wajah dan cap jari, semakin banyak dilihat di rumah-rumah di Singapura sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Namun bagi sesetengah pemilik rumah, mereka memilih untuk menukarkannya semula kepada kunci dan mangga tradisional selepas berasa kurang berpuas hati dengan peranti yang tidak berfungsi yang dibeli pada harga lebih murah melalui platform online, menurut beberapa tukang kunci kepada Mediacorp.
Kunci mangga bijak - iaitu peranti elektronik yang dihubungkan dengan rangkaian Internet atau Bluetooth dan boleh dikawal menggunakan aplikasi telefon bijak - semakin popular sejak 2020.
Trend ini disaksikan oleh tukang kunci di sini.
Ramai yang membeli peranti sedemikian memilihnya disebabkan oleh kemudahan keluar masuk tanpa kunci, khususnya mereka yang tidak gemar membawa kunci ke mana-mana atau sering kehilangan kunci, manakala sebahagian yang lain menggunakannya selepas melihat anggota keluarga dan rakan-rakan bertukar kepada peranti digital itu.
Meskipun peranti sedemikian berfungsi dengan baik pada awalnya, sesetengah tukang kunci menyaksikan kenaikan jumlah peranti yang bermasalah apabila sudah digunakan untuk suatu tempoh yang panjang, kadangkala melibatkan model murah yang dikeluarkan oleh pengilang peralatan asli (OEM) di luar Singapura dan dijual di bawah jenama berbeza.
Peranti sedemikian sering kali mutunya rendah dan para pelanggan berdepan masalah apabila tidak tahu di mana untuk mendapatkan bantuan, sehingga menyebabkan sebahagian pengguna bertukar semula kepada kunci dan mangga tradisional, menurut beberapa tukar kunci kepada Mediacorp.
Pengurus Vincent Locksmith DeanJean Phng berkata para pemilik rumah akhirnya membayar lebih untuk menggantikan kunci-kunci tersebut, dan bagi sesetengah kes, terpaksa menggantikan pintu.
Kos bagi pintu utama flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), termasuk yang mesti kalis api, boleh mencecah antara S$600 hingga S$1,800.
Antara 1 Januari dengan 11 November 2025, Persatuan Pengguna Singapura (CASE) menerima empat aduan mengenai mangga bijak - naik daripada tiada aduan langsung pada tahun sebelumnya, kata Presiden CASE Melvin Yong semasa menajwab pertanyaan Mediacorp.
Aduan tersebut melibatkan caj lebihan bagi pembelian dan pemasangan mangga disebabkan oleh perubahan pada pengedar sah, masalah bateri dan kunci yang gagal memenuhi jangkaan.
Pada Ogos, lebih 50 orang terkunci di luar rumah selepas mangga bijak mereka tidak berfungsi, menyusuli satu pertikaian antara pengedar tempatan dengan pengilang China.
MANGGA BIJAK GAGAL AKAN JADI SATU PERKARA BIASA
Oleh kerana ia sering kali menjadi kes 'caveat emptor' atau sebagai amaran kepada pembeli, tidak semua yang membeli peranti keselamatan rumah pada harga murah cuba mencari jalan keluar menerusi pihak berkuasa.
Di Shopee dan Lazada, mangga bijak boleh dibeli pada harga bawah S$100, dengan model lebih canggih berharga lebih S$1,000.
Beberapa ciri yang ditonjolkan adalah pengecaman wajah dan imbasan cap jari serta akses menggunakan kad untuk membuka pintu.
Salah satu yang dilihat Mediacorp, menawarkan pengesanan tapak tangan, manakala satu lagi sesuai digunakan dengan aplikasi bijak yang boleh membuka kunci menggunakan suara.
Untuk mengetahui bagaimana mangga bijak tersebut boleh menjadi bermasalah, Mediacorp menemu bual empat tukang kunci, yang berkata mereka kerap mendengar aduan daripada penduduk mengenai peranti sedemikian.
Encik Phng dari Vincent Locksmith menerima sekurang-kurangnya satu panggilan setiap hari mengenai mangga bijak yang tidak berfungsi, kebanyakannya disebabkan bateri mati kerana ia tidak ditukar atau rosak disebabkan isu oleh isu perkakasan.
Para pemilik rumah kemudian naik "marah dengan kos yang meningkat" akibat isu-isu yang kerap timbul daripada mangga bijak, kata Encik Phng.
Inilah sebabnya mengapa sebahagian pelanggan memilih untuk menukar semula kepada kunci biasa, kata beliau.
Selain isu bateri, terdapat juga kebimbangan mengenai mutunya kerana pintu yang ditutup dengan kuat juga boleh merosakkan motor atau litar elektronik.
Pemasangan yang tidak betul juga satu lagi punca masalah, kata Encik Rajiv Kesavan dari Infinite Locksmith dan Digital Locks.
RISIKO KESELAMATAN SIBER
Seperti kebanyakan peranti bijak di rumah, mangga bijak juga dianggap sebagai Peranti Disambungkan Internet (Internet of Things).
Meskipun ini boleh menimbulkan risiko keselamatan siber, ia masih belum menjadi masalah di sini, kata tukang kunci.
Sekalipun demikian, Encik Phng dari Vincent Locksmith berkata mangga bijak tidak selamat seperti kunci biasa memandangkan ia menggunakan teknologi tanpa wayar seperti Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) - yang menggunakan gelombang radio untuk secara automatik mengesan dan menjejak tag yang dihubungkan pada objek - dan WiFi, yang mempunyai kelemahan.
Merujuk kepada kes dari Ogos, beliau berkata pihak ketiga seperti pengeluar dan pengedar juga boleh tidak mengaktifkan akses atau mendapatkan kemasukan ke kunci ini dari jauh.
Ini sendiri bukanlah satu isu kerana pengeluar perlu dapat menyediakan kemas kini perisian kepada peranti, tetapi pelaku berniat jahat (bad actors) mungkin mendapat akses melalui internet dan dapat memanipulasi atau bahkan memintas sistemnya.
Pemilik rumah sering tidak tahu siapa yang mempunyai kawalan ke atas mangga dan kunci digital mereka, katanya lagi.
"Mangga dan kunci bijak ini adalah sistem proprietari. Walaupun anda memiliki kunci itu, anda tidak benar-benar memilikinya," kata Encik Phng.
Terdapat juga insiden mangga bijak dengan teknologi pengecaman wajah yang tersalah mengenal pasti pemilik rumah. Di China, mangga bijak syarikat teknologi Xiaomi tersalah mengecam wajah penghantar barang sebagai pengguna dan secara automatik membuka pintu.
Insiden yang berlaku pada Ogos itu menarik perhatian online, dengan Xiaomi menyatakan ia akan mengerahkan teknisyen untuk memeriksa mangga dan kunci dan pakar untuk membuat pemeriksaan susulan dengan pelanggan.
Tukang kunci yang ditemui Mediacorp berkata mereka belum berdepan kes di mana keselamatan rumah pemilik dikompromi oleh mangga bijak.
Encik Kesavan dari Infinite Locksmith and Digital Locks berkata kebanyakan jenama terkenal mempunyai kaedah penyulitan (encryption) yang kuat dan perisian tegar (firmware) yang dikemas kini untuk mencegah akses tanpa izin. Bagaimanapun, beliau juga menasihatkan para pengguna agar sentiasa berhati-hati untuk mengemas kini aplikasi mereka dan mengupayakan ciri keselamatan seperti PIN atau pengesahan cap jari.
Walau apa pun, kegagalan keselamatan siber boleh timbul akibat pepijat perisian (software bug) atau kegagalan komponen elektronik. Tetapi berdasarkan pengalaman Encik Heng dari Interlock Singapore, kadar kejadian bagi isu sedemikian mungkin "sangat kecil".
"Ia tidak bermakna bahawa seluruh industri... tidak selamat."
Jurucakap Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA) merujuk kepada nasihat mengenai perlindungan peranti IoT seperti mangga bijak, yang menyenaraikan kelemahan biasa seperti kata laluan lemah, antara muka (interface) yang tidak selamat, dan perlindungan data yang lemah.
Agensi itu juga menasihati pengguna untuk menilai sama ada peranti mereka perlu disambungkan dengan internet, dan membeli daripada pengeluar terkenal yang mematuhi piawai industri dan amalan terbaik untuk keselamatan IoT.
"Menjamin keselamatan peranti IoT adalah proses pelbagai aspek yang memerlukan langkah proaktif untuk mengurangkan potensi risiko dengan berkesan," menurut CSA.
Dengan menangani kelemahan dan melaksanakan perlindungan, pengguna boleh melindungi diri mereka dengan lebih baik daripada ancaman yang kian berubah-ubah, tambahnya.

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.