Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Manfaatkan mata KrisFlyer miles anda untuk bercuti di tengah lautan

Perjalanan ke luar negara perlahan-lahan dibenarkan semula namun segelintir daripada kita tentu masih teragak-agak untuk menaiki pesawat dalam masa terdekat. Jadi bagaimana lagi boleh anda manfaatkan mata perjalanan KrisFlyer miles yang sudah terkumpul?

Anggaran Waktu Membaca:
Manfaatkan mata KrisFlyer miles anda untuk bercuti di tengah lautan

Kapal Pesiaran World Dream. (Gambar: Genting Cruise Lines)

Diterbitkan : 05 Sep 2021 08:38PM Dikemas Kini : 05 Sep 2021 08:39PM

SINGAPURA: Perjalanan ke luar negara perlahan-lahan dibenarkan semula namun segelintir daripada kita tentu masih teragak-agak untuk menaiki pesawat dalam masa terdekat. Jadi bagaimana lagi boleh anda manfaatkan mata perjalanan KrisFlyer miles yang sudah terkumpul?

Tahun lalu, Singapore Airlines bersama-sama MasterCard melancarkan Pengalaman KrisFlyer, di mana ahlinya boleh menggunakan mata perjalanan mereka bagi kegiatan yang disusun khas. Dari menaiki kapal pesiaran ke bengkel hinggalah pengalaman jamuan, berikut adalah antara kegiatan terkini yang boleh anda tempah dan ikuti.

BENGKEL BUAT DOMPET KAD KULIT BERMOTIF BATIK

Bengkel membuat dompet kad kulit bermotif batik oleh Bynd Artisan. (Gambar: KrisFlyer)

(Gambar: KrisFlyer)

Tarikh: Sekarang hingga 31 Disember

Harga: 10,000 mata KrisFlyer miles setiap peserta

Jika anda berminat membuat sendiri dompet kad daripada kulit, bengkel kendalian Bynd Artisan selama tiga jam ini akan mengajar anda kemahiran serta teknik asas yang diperlukan. Ini termasuk memahami corak teksturnya, cara menggunting dan proses mengurangkan ketebalan kulit.

Anda akan menghasilkan dompet kad edisi terhad ciptaan sendiri dengan menggunakan kulit asli dari Eropah yang menampilkan motif batik Singapore Airlines yang dicap pada kulit tersebut.

Bukan itu saja, anda juga akan membawa pulang sarung bercorak batik yang boleh diguna semula yang direka secara eksklusif untuk bengkel tersebut.

PESIARAN DUA MALAM DI KAPAL WORLD DREAM

Tarikh: 17 hingga 19 November

Harga: 38,000 hingga 75,000 mata KrisFlyer miles bagi setiap penebusan (bergantung kepada jumlah orang)

Jika anda teringin bermalam di tengah-tengah lautan, anda boleh menggunakan KrisFlyer miles untuk menempah pengalaman pesiaran yang mewah bersama World Dream, Dream Cruises.

Pengalaman itu lengkap dengan penginapan dua malam di bilik Balcony Stateroom yang disediakan bagi tetamu satu, dua atau tiga orang.

Selain dapat mengikuti pelbagai kegiatan yang disediakan atas kapal, ahli KrisFlyer juga boleh menikmati aktiviti SIA yang disusun khas seperti membuat bunga mawar batik, membentuk belon dan bermain Bingo eksklusif KrisFlyer. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan