Manfaat tidur mengiring demi kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Shutterstock)
KUALA LUMPUR: Kebiasaannya kita sering mendengar kebaikan sekiranya tidur mengiring berbanding telentang atau meniarap.
Mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, posisi tidur yang sangat digalakkan adalah mengiring ke kanan.
Kajian juga mendapati, tidur mengiring ke kanan boleh mengurangkan risiko kegagalan fungsi jantung. Sebab, saat posisi tubuh ke kanan, membuat jantung yang berada di bahagian kiri tidak tertindih oleh organ yang lainnya, seperti dinukil daripada BH Online.
Bagaimana pula, manfaat tidur pada posisi mengiring ke kiri?
Mengikut kajian tidur mengiring ke kiri mempunyai banyak manfaat dalam usaha menjaga kesihatan lebih-lebih lagi, jika seseorang itu mempunyai penyakit berkaitan tidur.
1. Atasi masalah dengkur
Tidur mengiring ke kiri berupaya mengurangkan bunyi dengkuran, selain membantu pernafasan lebih lancar.
Ini memandangkan lidah, mulut dan rahang anda berada dalam keadaan lega berbanding posisi tidur lain seperti telentang yang tidak dapat mengawal dengkuran anda, lapor BH Online.
2. Masalah refluks asid
Selain itu, pakar menyatakan mereka yang gemar makan malam dan berdepan masalah refluks asid, tidur mengiring ke kiri dapat mengurangkan masalah di dalam perut anda.
Bagaimanapun, pengambilan makan malam terlalu banyak sebelum tidur memang tidak digalakkan kerana asid di dalam perut boleh menyebabkan pedih hulu hati dan sakit dada.
3. Mengurangkan kerja jantung
Sepanjang tidur malam juga, difahamkan rata-rata organ kita tidak bekerja terlalu keras dan bagi mengurangkan kerja jantung anda, tidur mengiring ke kiri dapat membantu pengedaran darah lebih lancar.
4. Tidur lena bagi wanita hamil
Wanita hamil, kesukaran tidur memang tidak dapat dinafikan lebih-lebih lagi pada saat trimester.
Seeloknya, wanita hamil tidur mengiring ke kiri kerana sekiranya tidur mengiring ke kanan, rahim anda memberi tekanan kepada hati hingga menyukarkan untuk tidur lebih lena, lapor BH Online.
5. Imunisasi berfungsi dengan baik
Sepanjang tidur, organ juga menjalankan aktiviti mereka di mana nodus limfa iaitu penapis kepada zarah asing dalam badan bekerja untuk memastikan imunisasi berfungsi dengan baik.
Tidur mengiring ke kiri dikatakan mampu berfungsi menapis cecair asing dengan lebih cepat berbanding mengiring ke kanan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.