Skip to main content

Gaya Hidup

Manfaat kulit pisang buat wajah anda

Anggaran Waktu Membaca:
Manfaat kulit pisang buat wajah anda

Gambar hiasan. (Gambar: merdeka.com/ Huffingtonpost.com)

Diterbitkan : 11 Dec 2024 09:49PM Dikemas Kini : 11 Dec 2024 10:26PM
KUALA LUMPUR: Semua orang mahukan kulit mulus, berseri, kemerah-merahan dan awet muda.

Anda boleh melakukannya dengan mudah dan mengubah impian itu menjadi satu kenyataan dengan hanya menggunakan topeng muka kulit pisang.

Ramuan kecantikan itu kaya dengan karbohidrat, Vitamin B6, B12, kalium dan magnesium yang membantu dalam penjanaan semula sel serta melicinkan permukaan kulit, seperti dinukil BH Online.

Penggunaannya pada bahagian yang berbeza dengan campuran bahan berbeza boleh memberikan penyelesaian yang sempurna untuk masalah ruam, kedutan, jerawat, mengawal minyak dan banyak lagi.

KULIT AWET MUDA

Vitamin C dan antioksidan yang terdapat pada kulit pisang boleh mengurangkan kedutan dan mengekalkan kulit supaya segar dan bersinar.

Ia juga mengurangkan ruam dan tanda pada muka secara semula jadi. Topeng muka boleh disediakan dengan kulit pisang yang masak.

Kulit pisang masak mempunyai Etilena yang berfungsi menukar gula kompleks menjadi mudah, dan juga bertanggungjawab untuk membantu menghilangkan noda bintik-bintik coklat.

Asid lemak tersterifikasi yang terdapat di dalamnya bertindak balas untuk mengurangkan parut dan tanda. Asid ini juga diekstrak dan digunakan dalam pelbagai losyen penjagaan kulit.

MANFAAT KULIT PISANG

1. Jadikan sebagai topeng untuk rawat kulit wajah

Caranya:

• Kikis bahagian dalam daripada kulit pisang menggunakan garpu.

• Campurkan dengan kuning telur.

• Sapukan pada muka anda dan bilas selepas 5 minit.

Ulang dua kali dalam seminggu.

2. Mata sembab dan lingkaran hitam

Potong kulit pisang menjadi lapisan nipis dan meletakkannya di bawah mata bagi membantu mengurangkan lingkaran hitam.

Kulit pisang boleh bertindak sebagai alat yang memberikan kesejukan dan kesegaran yang amat diperlukan mata kita.

Caranya:

Campurkan dengan gel aloe vera dan letakkan selama sejam atau semalaman di bawah mata.

3. Kulit gatal dan berjerawat

Vitamin C dan E dalam kulit pisang boleh melegakan kegatalan kulit dengan bertindak sebagai agen pelembap dan meneutralkan asid pada kulit.

Disebabkan kebolehannya mengawal minyak, kulit pisang juga boleh digunakan untuk menghilangkan sebum yang berlebihan dan membantu mengurangkan jerawat atau sebarang keradangan pada kulit, lapor BH Online.

Sifat bioaktif, antimikrobial dalam kulit pisang menenangkan kulit, mengurangkan noda dan memberikan kulit kesan semula jadi dan menyegarkan.

Petua: Berikut ialah pek DIY untuk membantu melegakan kulit yang gatal dan mengawal jerawat.

Caranya:

• Tumbuk kulit pisang masak.

• Campurkan dengan beberapa titis madu dan jus lemon.

• Sapukan pada bahagian yang terjejas dan bilas selepas 15 minit.
Sumber : Agensi berita//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita