Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Manfaat disko senyap bagi pesakit demensia SG

Anggaran Waktu Membaca:
Manfaat disko senyap bagi pesakit demensia SG

(Gambar: Today)

Diterbitkan : 04 Jun 2023 02:09PM Dikemas Kini : 04 Jun 2023 02:29PM
SINGAPURA: Di bawah kerlipan lampu disko, penghuni di Apex Harmony Lodge, sebuah pusat jagaan khas untuk pesakit demensia, menari dengan diiringi lagu-lagu lama. Ia merupakan initiatif untuk membantu mereka yang menghidap demensia.

Selama hampir sejam, mereka menari dalam format disko senyap, diringi lagu-lagu popular dari 1940-an dan 1980-an menerusi fon kepala.

Senarai lagu pilihan, merangkumi lagu-lagu Inggeris, Melayu dan dialek Cina .

"Saya sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menari, saya berseronok sahaja. Saya tidak malu," gurau Cik Christine Chong, 54 tahun, yang menghidap demensia tahap awal.

Seperti kebanyakan negara di Asia, Singapura juga bergelut dengan penduduk yang semakin tua dan kadar demensia yang meningkat.

Kementerian Kesihatan (MOH) menganggarkan 86,000 orang, iaitu satu dalam 10 indvidu 10 peratus penduduk berusia 60 tahun dan ke atas, menghidap demensia.

Jumlah itu dijangka meningkat kepada 152,000 menjelang 2030.

Kajian menunjukkan terapi muzik boleh membantu mereka yang mempunyai penyakit seperti Alzheimer, jenis demensia paling biasa dialami, yang bermula dengan hilang daya ingatan dan menyebabkan kesukaran untuk berbual dan pergerakan fizikal.

'LAGU DALAM KEHIDUPAN MEREKA'

Disko senyap itu yang dianjurkan setiap minggu, diilhamkan sesi serupa di rumah jagaan di UK dan Australia.

Ia disesuaikan dengan memainkan lagu tempatan oleh Encik Johnson Soh, bekas eksekutif muzik yang menubuhkan syarikatnya sendiri untuk menawarkan progam-program muzik kepada golongan tua.

Encik Soh memulakan khidmat itu selepas bapanya disahkan menghidap demensia dan muzik dari generasinya membantu.

Lebih daripada 10 pertubuhan di Singapura sudah menggunakan program tersebut sejak ia dimulakan pada 2019, kata Encik Soh.

Digelar "Return to The Tea Dance", inisiatif itu bertujuan untuk mencetuskan kenangan gembira ketika sesi menari pada petang Ahad yang popular dengan golongan muda di Singapura pada tahun 1960-an.

"Setiap orang mempunyai lagu kegemaran dalam kehidupan mereka, jadi terdapat lagu-lagu yang memberi kesan kepada kehidupan anda."

"Sukar untuk dijelaskan, tapi saya fikir muzik adalah sesuatu yang benar-benar menyentuh sanubari seseorang," tambahnya.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan