Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Manfaat air rendaman lemon untuk kesihatan, diet dan kecantikan

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ramai yang mungkin sudah pun tahu tentang kelebihan buah lemon. Selain berkesan untuk membantu melangsingkan tubuh, lemon terbukti dapat tingkatkan imuniti dan membantu dalam proses detoks.

Lantas, tidah hairanlah jika ramai yang mengamalkan untuk minum air rendaman lemon bagi tujuan kesihatan selain untuk mengurangkan berat badan dengan lebih berkesan.

Agar dapat menikmati khasiat air rendaman lemon secara sepenuhnya, pernah tak anda terfikir sama ada untuk menggunakan air panas atau sejuk? Tidak kira apa juga pilihan minuman, selalunya dalam cuaca panas, ramai yang ingin basahkan tekak yang kering dengan minuman yang sejuk.

(Gambar: Pexels)

Begitu juga bila ingin menikmati air rendaman lemon. Jika diberi pilihan, pasti ramai yang akan memilih air lemon yang sejuk. Namun, menurut satu kajian, hirisan lemon sebaik-baiknya tidak harus direndamkan dalam air yang terlalu sejuk kerana bukan sahaja rasanya tidak boleh menyerap dengan baik, tetapi khasiat yang ada di dalamnya seperti Vitamin C juga akan terjejas berkurangan dan membuatnya rosak.

Sebaik-baiknya suhu air yang paling sesuai untuk rendam lemon adalah antara 60 hingga 70 darjah Celsius. Selain itu apabila rendam lemon, rasa airnya harushlah tawar. Selalunya hirisan 1 keping lemon sesuai direndam anggaran 1 jag untuk 3 hingga 4 gelas air.

(Gambar: Pexels)

Rendaman air lemon sangat unik dan bersifat diuretik. Ia dapat membantu tubuh untuk menyingkirkan cecair dan toksin dalam tubuh. Selain itu, kandungan asid yang hadir di dalam buah lemon dapat membantu proses detoks untuk organ seperti hati dan pada masa yang sama memudahkan khasiat yang diperolehi dari makanan untuk mudah serap dalam tubuh.

KEUNIKAN DAN KHASIAT

Walaupun rasa kulit lemon pahit, ia mempunyai kandungan flavonoid yang sangat tinggi. Oleh itu, pastikan untuk rendam lemon dengan kulitnya sekali. Malah, merendam kulitnya adalah lebih baik daripada menikmati isinya kerana terdapat minyak pati lemon pada kulitnya.

Apabila menghiris lemon pula, cubalah potong senipis mungkin agar khasiat yang ada pada kulitnya mudah keluar dan membaur bila direndam dalam air. Kajian juga mendapati khasiat setiap hirisan lemon yang disimpan di dalam peti sejuk dapat berkekalan dan ia masih lagi boleh direndam di dalam air. Khasiatnya tidak berubah dan kekal sama.

(Gambar: Pexels)

Mengamalkan untuk menikmati air rendaman lemon ternyata sangat baik untuk kesejahteraan tubuh. Rata-rata tubuh manusia boleh menjadi terlalu berasid jika seseorang mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat termasuk tidak menjaga diet dan pemakanan. Apabila tubuh mengandungi banyak asid, ia akan menjejas fungsi tubuh dan kesihatan.

Nah, walaupun rasa lemon masam dan bersifat asid, ia mampu membantu untuk mengalkalikan tubuh dan darah selain memastikan keseimbangan pH dalam tubuh manusia.

(Gambar: Pexels)

LANGSING, CANTIK DAN SIHAT

Kandungan Vitamin C yang ada dalam lemon mengandungi pelbagai khasiat dan memainkan peranan bukan sahaja untuk kesihatan kulit, tapi juga dapat bertindak sebagai antioksidan untuk mencegah kerosakkan kulit, penuaan pramatang selain mencegah radikal bebas yang akan menjejas kesihatan kulit.

Dari sudut kesihatan, ia juga membantu untuk merangsang saluran penghadaman dan pergerakkan usus. Selain itu, lemon juga dipercayai dapat membersihkan organ hati. Jika hati kita berfungsi dengan baik ia akan membantu untuk mempermudahkan proses metabolisme lemak berjalan dngan lancar. Ini sangat penting terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

(Gambar: Pexels)

Rata-rata setiap sudu jus lemon mengandungi anggaran 10mg Vitamin C dan setiap dewasa memerlukan anggaran 75 hingga 90mg Vitamin C setiap hari. Oleh itu, pengambilan vitamin setiap hari sangat digalakkan kerana ia memainkan peranan untuk mencegah pelbagai penyakit.

Walaupun lemon mempunyai pelbagai khasiat, ada juga di antara kita yang tidak boleh menikmatinya kerana masalah perut atau kulit sensitif dan sebagainya. Oleh itu bagi yang mempunyai perut atau kulit sensitif, sebelum menggunanya anda boleh mengujinya terlebih dahulu.

(Gambar: Pexels)

Jika jarang atau tidak pernah menikmati minuman dan makanan yang mengandungi lemon, anda boleh mencuba dahulu dengan minum segelas air lemon suam sebelum tidur.

Kemudian, perhatikan sendiri jika tubuh anda dapat bertindak balas dengan baik. Jika tiada masalah yang dilalui, bolehlah anda mula untuk mengamalkan minuman lemon setiap hari dan lihat sendiri keberkesanannya. Belum cuba belum tahu!

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan