Mandai Wildlife Group sambut SG60 dengan pelbagai pengalaman baharu untuk pengunjung pada Jun
Mandai Wildlife Group melancarkan satu siri tawaran istimewa dan pengalaman hidupan liar baharu di bawah inisiatif 'Mandai is Wild about SG' untuk meraikan ulang tahun ke-60 Singapura.

Mandai raikan SG60 dengan pengalaman baharu seperti interaksi bersama kapibara dan penguin. (Gambar: Mandai Wildlife Group)
Ini termasuk 'Hello from the Wild', dijadual bermula pada 7 Jun, di mana para pengunjung boleh melihat kapibara dengan dekat selama 20 minit di River Wonders, serta musang rubah dan lemur di Taman Haiwan Singapura, menurut kenyataan media tersebut. Edisi walabi 'Hello from the Wild' akan dilancarkan di Night Safari akhir tahun ini juga.
Semasa sesi berkenaan, para peserta akan mendapat gambaran tentang ciri-ciri unik haiwan tersebut dan tentang komitmen Mandai Wildlife Group terhadap penjagaan dan kebajikan haiwan. Pengalaman itu juga termasuk aktiviti amali daripada memberi makan haiwan kepada aktiviti pengayaan yang memastikan mereka dirangsang secara mental dan fizikal, seperti menyembunyikan 'superworm' di bawah batu kerikil untuk musang rubah mencarinya.

Untuk pengalaman di balik tabir yang eksklusif, mulai 7 Jun, 'Backstage Pass: Penguin Encounters at Bird Paradise' akan menawarkan tetamu peluang untuk bertemu gentoo dan penguin 'rockhopper' di kemudahan luar kandang pameran haiwan tersebut.
Program ini akan memberi pengunjung gambaran tentang penjagaan harian burung yang menarik ini seperti penyediaan makanan dan cara penjaga menjaga burung tersebut.

Para pengunjung boleh menikmati pengalaman 'Hello from the Wild', Hello from the Wild (River Wonders) dan 'Backstage Pass: Penguin Encounters' di sini.
Dari 31 Mei hingga 10 Ogos, para pengunjung juga boleh menikmati akses percuma ke jejak digital pilihan semasa mengunjungi 'Born to be Wild', yang menonjolkan hidupan liar asli Singapura, termasuk beberapa haiwan tempatan yang baru dilahirkan di Mandai Wildlife Reserve.
Para pengunjung kali pertama atau mereka yang tidak pasti di mana untuk memulakan lawatan mereka boleh meneroka jadual perjalanan 'Too Wild to Miss', yang membimbing mereka melalui Mandai Wildlife Reserve daripada pengalaman seperti pameran orang utan terbuka pertama di dunia di Taman Haiwan Singapura hingga ke 'Trenggiling Trail' yang baru dilancarkan di Night Safari.
Para pengunjung juga boleh mengakses jadual 'Too Wild to Miss' di sini.
Mandai Wildlife Reserve juga akan melancarkan siri tawaran baharu mulai Jun dan seterusnya seperti SG60 WildPass Specials (untuk penduduk tempatan sahaja), yang termasuk dua tiket masuk ke Taman Haiwan Singapura atau River Wonders pada harga S$60 dari sekarang hingga 30 Jun, serta tiga tiket masuk ke mana-mana taman hidupan liar di Mandai Wildlife Reserve pada harga S$60, untuk belia berumur 13 hingga 21 Ogos dari sekarang.
Penduduk tempatan dengan tiket masuk yang sah ke mana-mana taman hidupan liar di Mandai Wildlife Reserve juga boleh membeli keahlian individu 'Friend of Rainforest Wild Asia' pada harga S$60 dari 31 Mei hingga 31 Ogos di bawah 'SG60 WildPass Specials'.
Di bawah Promosi Warga Emas SG60, warga emas boleh terus menikmati keahlian tahunan lima taman 'Friends of Mandai' pada harga istimewa S$60 (harga biasa S$235) sehingga 31 Ogos.
"Dengan 'Mandai is Wild about SG', kami mengundang penduduk tempatan untuk berhubung semula dengan daya tarikan kami melalui pengalaman yang baru dilancarkan dan tawaran istimewa. Sama ada ia menikmati diskaun SG60, bertemu duta haiwan kesayangan seperti penguin dan capybara, atau mengenali haiwan yang dilahirkan di sini dan kini menjadi sebahagian daripada keluarga hidupan liar kami yang semakin meningkat, sentiasa ada sebab untuk mengunjungi kami, kata Timbalan CEO Transformasi dan Pertumbuhan Mandai Group, Belinda Lee.
Sila lungsuri http://mandai.com/sg60 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan kemas kini mengenai aktiviti SG60.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.