Skip to main content

Gaya Hidup

Mandai Rainforest Reserve tampilkan lebih 300 bilik, termasuk 24 rumah pokok

Dalam masa beberapa minggu sahaja, Mandai Rainforest Resort akan membuka pintunya kepada para pencinta flora dan fauna.

Anggaran Waktu Membaca:
Mandai Rainforest Reserve tampilkan lebih 300 bilik, termasuk 24 rumah pokok

Mandai Rainforest Resort akan membuka pintunya kepada para pencinta flora dan fauna. (Gambar: CNA/Joyee Koo)

Diterbitkan : 07 Mar 2025 12:26AM Dikemas Kini : 07 Mar 2025 12:27AM
SINGAPURA: Dalam masa beberapa minggu sahaja, Mandai Rainforest Resort akan membuka pintunya kepada para pencinta flora dan fauna.

Terletak di Mandai Wildlife Reserve, tempat penginapan seluas 4.6 hektar itu merupakan resort pertama yang dibuka oleh rantaian hotel mewah Banyan Tree di Singapura.

Resort itu dibuka kepada orang awam mulai 2 April.

Ia menawarkan 338 bilik - di mana 24 daripadanya adalah rumah pokok di rimbunan pepohon.

Setiap rumah pokok mempunyai patio atau ruang bersantai.
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Bilik-bilik resort itu menawarkan pengalihan udara semula jadi menerusi tingkap yang boleh dibiarkan terbuka, dan suhu bilik juga dikawal supaya ia serupa dengan suhu atmosfera yang sejuk dalam hutan hujan di kawasan tropika.
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Setiap bilik dilengkapi dengan paparan interaktif yang memaparkan tahap penggunaan tenaga elektrik dan ia akan mengeluarkan peringatan jika penggunaannya melebihi paras yang disarankan.
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Air hujan juga dikumpul dan digunakan semula dalam sistem pam tandas di setiap bilik.

Harga terendah untuk penginapan satu malam di bilik berkembar (twin room) di resort itu bagi bulan April adalah S$305, tidak termasuk bayaran dan cukai.

Harga terendah untuk tinggal satu malam di rumah pokok resort itu adalah S$1,025.
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Restoran Forage menawarkan menu hidangan yang disediakan menggunakan bahan-bahan segar yang diperolehi setiap hari.

Sementara itu, Planter's Shed pula menawarkan hidangan masakan tempatan dan antarabangsa, dengan pilihan bufet untuk sarapan dan makan malam.
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Bagi mereka yang ingin memanjakan diri, anda boleh ke Banyan Tree Spa untuk mendapatkan khidmat urut dan rawatan spa bagi menghilangkan rasa letih.
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Resort itu juga mempunyai kolam renang yang terletak di atas bumbung dan sebuah ruang permainan untuk kanak-kanak, iaitu Rangers' Club.
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Related article image
(Gambar: CNA/Joyee Koo)
Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan majlis keramaian di Mandai Rainforest Reserve, anda boleh menempah bilik dewan Meranti Ballroom yang boleh menampung 300 orang.

Tempahan bilik bagi Mandai Rainforest Reserve by Banyan Tree kini dibuka dan boleh dibuat menerusi lamannya.

Resort itu akan dibuka secara rasmi pada April 2025.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita