Mandai Boardwalk dibuka secara percuma, tawar pemandangan hidupan liar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pengunjung ke Mandai Wildlife Reserve kini boleh melihat haiwan dari pelantar laluan baharu yang dibuka taman hidupan liar itu.
Mandai Boardwalk boleh diakses orang ramai setiap hari dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam.
Pelantar laluan sepanjang 3.3 kilometer itu menghadap kawasan-kawasan seperti Kolam Air Upper Seletar serta Taman Haiwan Singapura dan dibina dalam persekitaran alam semula jadi.
Ia mengelilingi pekarangan taman haiwan, bermakna, pengunjung boleh melihat kelibat sesetengah haiwan dari jauh lagi.
Pengunjung boleh mengakses pelantar laluan itu sama ada menerusi pintu masuk River Wonders atau Mandai Wildlife East.
Ia juga boleh diakses pengunjung berkerusi roda.
Salah seorang pengunjung berkongsi: "Saya rasa ia agak menarik kerana tidak semua taman haiwan ada kemudahan begini.
"Biasanya, anda jalan dan melihat haiwan dari pagar kandangnya tetapi jika ada (struktur) yang lebih tinggi, ia agak menarik."
Seorang lagi penduduk berkata: "Saya boleh katakan persekitarannya amat baik sekali, ia tentang habitat, keadaan semula jadinya yang menghijau. Ia benar-benar menakjubkan."

Sumber : CNA/FZ/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.