Skip to main content

Gaya Hidup

Malu nak angkat tangan? Ini 4 cara senaman hilangkan lemak ‘goyang’ di lengan

Bagi yang mementingkan bentuk badan yang 'fit', tidak dinafikan antara bahagian badan yang paling sukar dibentuk adalah bahagian lengan.

Anggaran Waktu Membaca:
Malu nak angkat tangan? Ini 4 cara senaman hilangkan lemak ‘goyang’ di lengan

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 19 Apr 2020 09:20PM Dikemas Kini : 19 Apr 2020 09:22PM

KUALA LUMPUR: Bagi yang mementingkan bentuk badan yang 'fit', tidak dinafikan antara bahagian badan yang paling sukar dibentuk adalah bahagian lengan.

Biarpun sudah melakukan pelbagai diet, malah sudah mendapat berat badan yang diingini, tetapi masih ada lagi satu anggota badan yang membuatkan anda berasa tidak berpuas hati.

Barangkali anda mungkin tidak menyukai keadaan lengan yang lembik seperti bergoyang-goyang setiap kali anda melambai-lambai tangan.

Jangan risau, jika anda konsisten mengamalkan tip di berikut, masalah 'geram' itu akan hilang, malah lengan anda akan kelihatan lebih pejal.

Boxing

Boxing melatih tubuh bahagian atas sekali gus membantu menegangkan lengan anda. Ini kerana boxing banyak menggunakan pergerakan tangan dan lengan. Oleh itu, ia boleh membantu untuk membakar lemak di bahagian tersebut.

Berenang

Berenang sebenarnya adalah senaman yang memerlukan keseluruhan badan untuk melakukan pergerakan. Jadi, berenang adalah salah satu cara mengecilkan lengan, menghilangkan lemak dan menurunkan berat badan.

'Pull Up'

Senaman ringan seterusnya yang anda boleh lakukan adalah dengan melakukan 'pull up'. Mulakan berlatih dengan kuantiti yang sedikit dahulu dan ditingkatkan untuk sesi latihan seterusnya.

'Dumbbell'

Gunakan 'dumbbell' mengikut kesesuaian berat yang diingini. Tidak perlu ke gim kerana aktiviti ini boleh dilakukan di rumah di kala anda sedang menonton televisyen. Tiga kali seminggu dan berterusan boleh bantu anda mendapatkan lengan yang fit dan mantap. Tetapi, perlu konsisten!

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita