Skip to main content

Gaya Hidup

Malu kerana bau badan? Cuba 6 makanan ini

Masalah bau badan atau saintifiknya, bromhidrosis, bukanlah isu kesihatan dan kebersihan yang luar biasa dalam kalangan masyarakat. Bau badan terjadi akibat pengeluaran peluh berlebihan bercampur dengan bakteria.

Anggaran Waktu Membaca:
Malu kerana bau badan? Cuba 6 makanan ini

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 30 Nov 2019 08:08PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 08:17PM

JAKARTA: Masalah bau badan atau saintifiknya, bromhidrosis, bukanlah isu kesihatan dan kebersihan yang luar biasa dalam kalangan masyarakat. Bau badan terjadi akibat pengeluaran peluh berlebihan bercampur dengan bakteria. Hal ini boleh menyebabkan anda kurang yakin diri.

Berbanding anggota tubuh lain, bahagian ketiak sering dikaitkan dengan masalah bau badan.

Lazimnya, untuk menghilangkan bau ketiak, anda akan memakai deodoran. Namun pemakaian deodoran sebenarnya tidak mencukupi. Anda juga harus memperhatikan makanan yang makan. Makanan yang kaya sulfur boleh membuat bau badan anda bertambah kuat.

Dipetik dari boldsky.com, berikut adalah beberapa makanan yang boleh menghilangkan bau badan.

Epal

Epal adalah buah yang kaya dengan kandungan zat antioksidan yang mampu membuang semua racun dari dalam tubuh serta mengurangkan peluh dan bakteria.

Cuka Epal

Selain buahnya, cuka yang dibuat dari epal juga memiliki kemampuan untuk menghapuskan bakteria yang menyebabkan bau badan.

Jeruk

Kandungan asam sitrat di dalam jeruk dapat mengurangkan penghasilan peluh yang dikeluarkan dari tubuh anda dan memastikan anda selalu berasa segar.

Salad

Salad membantu untuk menghilangkan bau badan kerana ia mengandungi enzim tertentu di dalamnya. Selain itu salad akan membuat tubuh mengeluarkan hormon tertentu.

Lemon

Sama seperti jeruk, buah lemon kaya dengan vitamin C, sekali gus boleh mengawal penghasilan peluh serta menghilangkan hormon yang menyebabkan bau badan.
Rosemeri

Tumbuhan berdaun ini merupakan herba yang dapat membersihkan darah anda sehingga membuat peluh tidak berbau.

Ayuh cuba cara menghilangkan bau badan secara alami ini! 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita