Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Makanan Melayu 'fusion': Evolusi kulinari atau hakisan makanan warisan?

Sekitar 20 kedai F&B milik orang Islam buka perniagaan di Kampong Gelam tahun lalu di tengah-tengah pandemik. Namun dengan hidangan 'fusion' semakin menjadi tawaran utama, ke manakah hala tuju rasa Singapura yang asli?

Anggaran Waktu Membaca:
Makanan Melayu 'fusion': Evolusi kulinari atau hakisan makanan warisan?

Suasana di Kampong Gelam pada 21 Jun 2021, apabila orang ramai dibenarkan menjamu selera semula di premis F&B dengan had dua orang setiap kumpulan. (Gambar: Hakim Irwan)

SINGAPURA: Sekitar 20 kafe dan restoran milik orang Islam buka perniagaan di Kawasan Kampong Gelam sepanjang setahun lalu – walaupun di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Kebanyakannya menyajikan hidangan fusion – menggabungkan citarasa Melayu dan luar negeri.

BERITAmediacorp hidangkan cuplikan dari Edisi Khas Detik Hari Kebangsaan tentang Rasa Singapura yang bertanya – ke manakah hala tuju rasa Singapura yang asli?

Hidangan ‘fusion’ semakin menjadi tawaran utama deretan restoran di Kampong Gelam.

Antaranya adalah restoran The White Label yang menggabungkan masakan Perancis dan Melayu

Taha Hassan, pemilik bersama restoran itu, berkata: "Makanan kami adalah menarik bagi semua bangsa jadi bukan sahaja orang Melayu. Vol-au-vent ini adalah pastri tradisional Perancis, tapi cara kami buat adalah menggunakan kueh pie tee. Kandungannya adalah itik, serunding daging lembu, sambal belado."

Bekas mahaiswa Yale-NUS, Faris Joraimi gigih mendokumentasikan sejarah makanan Singapura.

Keinginan melahirkan selera fusion menurut beliau perlu diimbangi dengan keperluan menjaga warisan masakan kita.

"Kita mungkin akan lama kelamaan mendapat tanggapan yang kita tidak mempunyai warisan pemakanan yang sebegitu kaya," kongsi Faris.

"Cabarannya ialah bagaimana kita hendak memelihara teknik dan pemahaman tersebut dan mengahwinkannya dengan corak kehidupan moden kita yang sudah berubah."

Namun keberanian pemilik-pemilik restoran ‘fusion’ telah memberi suntikan segar kepada dunia kulinari Singapura.

Selain menaiktarafkan lagi hidangan warisan, ia membuktikan selera masyarakat kita sentiasa berevolusi.

"Rasa Singapura ini kita lihat bukanlah sesuatu yang statik tetapi mengalami perubahan yang secara bertahap mengikut perkembangan masa. Dan masyarakat Singapura sentiasa terbuka. Sentiasa menyesuaikan makanan mereka itu," ujar Ketua Kumpulan Akademik Bahasa & Budaya Asia NIE/NTU, Prof Madya Hadijah Rahmat

Selepas 56 tahun merdeka sudah wujud sejarah kulinari - masakan khas Singapura yang boleh dinikmati semua kaum tanpa mengira asal atau usul hidangan itu.  

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan