Skip to main content

Gaya Hidup

Makan coklat 1 hingga 3 kali seminggu beri manfaat kepada jantung

Tahukah anda, terdapat pelbagai manfaat kesihatan sekiranya anda memakan coklat?

Anggaran Waktu Membaca:
Makan coklat 1 hingga 3 kali seminggu beri manfaat kepada jantung

Gambar hiasan (Gambar: PHILIPPE HUGUEN / AFP)

Diterbitkan : 26 Aug 2020 11:44AM Dikemas Kini : 26 Aug 2020 11:46AM

JAKARTA: Tahukah anda, terdapat pelbagai manfaat kesihatan sekiranya anda memakan coklat?

Menurut Medical Daily, pengambilan coklat beberapa kali dalam seminggu boleh memberi manfaat kepada jantung. Berdasarkan hasil kajian, memakan coklat satu hingga tiga kali dalam seminggu boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Hasil kajian tersebut diperolehi melalui penelitian selama lima puluh tahun dari 1966 hingga Januari 2020. Para responden yang mengambil bahagian dalam kajian tersebut telah dipantau selama sembilan tahun dan dibandingkan dengan individu yang tidak memakan coklat.

"Hasil kajian kami mendapati bahawa coklat mengekalkan kesihatan pembuluh darah dan bermanfaat untuk tekanan darah," jelas Dr Chayakrit Krittanawong dari Baylor College of Medicine, Houston, Texas.

Bagaimanapun jumlah coklat yang diambil perlu diambil kira. Setiap pengambilan tidak sepatutnya melebihi 30 gram.

Hasil kajian itu belum dapat menentukan kandungan apakah dari coklat yang lebh baik dimakan.

"Meskipun pengambilan coklat secara sederhana boleh melindungi pembuluh darah jantung, kandungan kalori, gula, susu, dan lemak dalam produk komersial itu harus dipertimbangkan terutama bagi pesakit kencing manis dan mereka yang mengalami masalah berat badan," ujar Dr Krittanawong. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita